Wednesday 30 November 2011

Kenal Kelemahan Lelaki......

Mengenal Kelemahan Lelaki -Oleh Dr.HM.Tuah

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Rujukan:blog1001 Rahsia Diri

Monday 21 November 2011

20.11.2011

20.11.2011..... cantik kan tarikh tu........ dan alhamdulillah anak ibu yang sorang nih cukup setahun pada tarikh tu.... macam tak percaya pulak dah setahun... macam baru jer bersalinkan anak ibu yang sorang nih.... itu lah dia Nur Daleisha Qistina Binti Ali........ semoga anak ibu terus membesar dengan sihat.... bijak..... walaupun sikit manja..tapi ibu tak kan manjakan adik dengan tidak sepatutnya...... kami sekeluarga sambut besday gurl dengan sederhana..... cuma buat pulut kuning + rendang daging.... beli kek pun yang sedang-sedang jer..... tapi kebetulan dapat kek yang cantik dan murah........ adik kecik lagi....lagi pun adik belum pandai jalan... so ibu dan ayah cuma belikan adik hadiah KASUT yang sangat comel dimata ibu dan ayah..... semoga adik cepat pandai jalan........... kami sambut besday gurl kat jasin dengan family arwah Abang Abu....... seronok anak-anak dia..... dapat makan kek..........

 Hadiah dari ibu, ayah dan kakak mia......

pulut kuning + rendang daging tuk besday gurl, bagi kat jiran-jiran.......

 Kek besday adik........comelkan...kebetulan.....macam kerektor adik la.....

 masa nyer telah tiba....potong kek......


 kakak pun nak jugak.......suka adik dapat potong kek ngan kakak..

 gambar reramai........

 dengan ayah pulak........

 potong kek la adik.......marah pulak dia.....

 nyum..nyum....nyum..... sedap kek nih...

hadiah dari Mak Mas........ tq Mak Mas....

Walaupun sederhana sambutan tu....tapi yang penting meriah...... semua gembira... yang sedikit dikongsi bersama...agar ikatan kekeluargaan terjalin.........

Wednesday 16 November 2011

Makan malam (berbunga rasa hati)..........................


Kisah nih hujung minggu hari tu.............. anak-anak demam...... so lepas breakfast, tunggu anak-anak tido, kami pun....... bukan tido skali eaaa.....tapi mengemas umah......... kemas punya kemas.......... eh..eh..eh...eh... dah pukul satu lebih..... lauk takder,so "ayah" cakap tunggu anak-anak bangun baru gi makan........ tapi tak kisah la... bubur untuk anak-anak dah masak.......... petang tu kuar gi cari lauk.......dah beli makan ringan-ringan untuk dimakan dalam kereta......tetiba aku terasa nak makan asam pedas......tapi nak masak sendiri..... so apa lagi..... "ayah' terus la ke Parit Jawa.... nak cari ikan segar......nak masak asam pedas ikan kembung..... senyum-senyum terbayang asam pedas ikan kembung tuh...... tapi bila nak beli takder pulak....so beli la ikan sembilang...... "ayah"dah pesan masak yang cair-cair....tak mau pekat-pekat macam asam pedas Muo......hihihihihihihi... bila dah siap masak........... fuhhhhhhhh tak sabar nak makan rasanya...... aku pun suruh "ayah" rasa...... tetiba dia cakap kat anak-anak......  [ "ibu" masak asam pedas memang sedap...... sebabnya rasa macam orang Tanjung Karang masak asam pedas ]...sambil merasa  kuah asam pedas...... cewahhhhh "ibu" pun jawab [ mana ada....kan mak kampung masak asam pedas camni] ayat cover...padahal dalam hati bunga-bunga suker............ masa nak makan tu pulak tetiba hujan lebat..... alahmak.....memang syahdu betul dan selera betul...... ayat "ayah" ..... [memang terbaekkkkk la bu]........

"ayah" dah tunjuk macam tu.....makanya memang makan dengan sedap sekali

makan pulak, time hujan tengah lebat-lebat camnih..... 
memang terbaekkkk la....



Tuesday 15 November 2011

Koleksi Mia........bertuah anak ibu....

Anak-anak kita sekarang bertuah sungguh-sungguh.... apa jer yang diaorang nak mesti dapat...... tapi tak la sampai buat yang tak perlu pun, kita nak bagi...... sebenarnya mia suka sangat dengan barang BARBIE..... apa-apa yang ada gambar BARBIE memang sukanya yang amat........ so bila terjumpa barang-barang barbie yang murah...... kami pun belilah untuk Damia si comey tu......mula-mula dulu kasut BARBIE.....






Lepas tu, jam, sampaikan ubat gigi dan berus gigi pun jenama BARBIE........ lawak betul....
ibu dan ayah yang lebih......


Sekarang ni pulak tengah giler glamour ANGRY BIRD....... so yang meroyan tengok ibu dia.... hari tu rehat,keluar pegi beli barang..... jadinyer singgah satu kedai...ternampak beg, buku kaler-kaler,suma pasal ANGRY BIRD.... apa lagi beli la tuk Mia Comey tu........



ada lagi satu koleksi mia....tapi yang ni UPIN & IPIN......kali ni "ayah" yang belikan...ni pun nak pujuk Mia... sebab malam tu hari kena marah dengan ibu dan ayah....nak tau kenapa??????? tengah-tengah malam tu dia main air kat dalam toilet.......so....sesi pujuk memujuk dan sesi nasihat pun berlaku..... melompat-lompat suka Mia sebab dapat semua-semua ni...... sayang betul dia.....dah siap kaler-kaler, suma dia simpan dalam beg ANGRY BIRD........simpan elok-elok....jangan sampai rosak..........



Raya Haji....Kisah sawah, kisah mesin padi, kisah tunang-tunang.......


Raya haji tahun nih, aku se family sambut kat Sawah Sempadan (kampung "ayah")... ni pun disebabkan adik ipar aku nak bertunang.......kalau tak ke Studio Universal Singapore la aku......meriah la kat umah mak mertua aku......cucu-cucu semua ada, adik beradik "ayah" semua ada.....masak memang tak berhentila.....masak.....masak.....masak......masak.... tapi oleh kerana badan dah mula mencanak kan lemaknyer....aku pun kawal la makan...... kalau tak... "doc toi" la tempat aku bertandang nanti...... tapi agenda utama balik kampung nih sebenarnya kena buat hantaran tuk Farid bertunang (adik "ayah").....oleh kerana dah lama tak buat benda-benda comel tu...maka aidea pun dah berkarat.....mujurla cina kedai bunga tu bagi aidea yang bernas, maka terkeluarla suma aidea2 aku yang bernas-bernas tu.... tu bab hantaran.....bukan setakat tu jer...aku buat gak coklat tuk hantaran dan apam polkadot tuk makan-makan raya tu nanti....tapi yang aku geram.....gggggrrrrrrr ada plak makhluk-makhluk yang makan coklat huruf-huruf yang nak buat hantaran tu.... maka tak sempurna la coklat aku tu.........nanti layan jer la gambar-gambar kat bawah nih........



tapi sebelum tu nak cerita pasal >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
hihihihihihihihi kisah mesin padi...... kelakar betul bila seseorang bercerita kisah mesin padi.....kisah ni terkeluar sebab kat Sawah Sempadan tengah musim menuai padi...... cantik sangat padi-padi menguning....... teruja sangat........ rasa macam nak berlari-lari kat sawah tu.......
huh berbalik kisah mesin padi.......orang tu bersungguh-sungguh cerita mesin padi ni masa dia zaman kanak-kanak.... sanggup panjat mesin padi nih sebab teruja sangat tengok mesin padi yang tengah menuai padi..... aku tergelak..... dia bercerita lagi, kalau sesiapa dapat panjat mesin padi or naik mesin padi tu masa mesin tu tengah menuai, kira hero lah dia.... akan bercerita betapa hebatnyer dia, dari pagi sampai ke petang kat sekolah..... hahahahaha nakal jugak eaaaa dia masa kecik-kecik... dia cakap lagi...dulu-dulu mesin padi slalu parking blakang umah.... so....... reramai la berkampung kat blakang umah tu.......... sapa lagi kalau buah hati aku la "ayah"........ so aku tak nak buang masa dan nak memori indah tu dikongsi bersama...sampai kan, aku beriye-iye nak ambik gambar mesin padi tu..... "ayah" pun layan kan jer....sebab dia tau kat mana lagi aku nak tepek gambar-gambar tu....... so layan la gambar-gambar kat bawah nih yer........




apam polkadot kesukaan ramai........

coklat yang dah tak cukup sifat....pun buat sendiri..

ni pun hasil tangan aku....dah tengah malam baru siap.......

buat simple2 sudah...

coklat yang dah dihias oleh aku...

baju ni dah takder aidea....lipat2..... letak rama-rama... cantik gak kan...

cincin tunang......kecik yang amat........ingat jari aku dah kecik.....(perasan kurus la tu)

kek ni last minit hias...tapi cantik jugak kan.....

ni dah susun kat sana...cantik pulak....so sapa2 yang nak tempah,
bleh la tempah ngan saya....heeeeeeee

bertukar-tukar hantaran.........

my lovely family...

ni la dia bakal menantu mak.......
lori tuk angkut padi....

 sawah yang tengah menguning......

 langit yang sungguh indah....kebetulan plak snap...

 mesin tuai padi...

 dari belakang......

 dari jauh.......masa ni paksa "ayah" kejar mesin tu sebab nak snap gambar....hasilnya.... dan keta ku kotor yang amat...

 mia dan cik sera nyer......


pemandangan indah.......syukur pada mu Ya Allah...



awan nano........hihihihihihi....cantik kan......












































Monday 14 November 2011

Kelahiran yang tidak dinanti.....

WAhhhhh...lamanya tak update blog........
sebenarnya kisah ni dah lama....tapi saja jer nak cerita.... cerita nih takde kene mengena dengan kisah pembuangan bayi yang sedang melanda masyarakat kita sekarang nih... 
cuma cerita nih nak dijadikan pengajaran dan teladan antara manusia dan haiwan....... kisah dia camni >>>>>>>>>>>>>>> ada satu malam tu, waktu tu aku dah nak tido..... 
tetiba bunyi macam kucing mengerang macam bergaduh....
tapi aku buat tak peduli la..... kalau dah mengganggu sangat tido aku, baru aku bangun.... 
so next morning tu, aku dengar bunyi suara-suara halus memanggil-manggil ibu nyer....... dalam hati alahai kesiannyer...... barulah terfikir............ kucing malam tadi tu rupa-rupanya mengerang sakit nak bersalin..... kesian kan....... itu lah yang aku maksudkan 'kelahiran yang tidak di nanti ' tu........
kucing tu bersalin kat sofa luar rumah aku........mujurla ada sofa tu....... comel-comel sungguh anak-anak kucing tu...... dalam hati, ni rezeki......


inilah ibu kucing dan anak-anak dia..........

hari-hari aku bagi ibu kucing tu makan...... ialah kesiankan ibu lepas bersalin...mesti banyak tenaga nak pakai.... 'ayah' letak kotak kat sofa tu....biar kucing tu bawak anak-anak dia masuk dalam kotak tu... biar selesa skit..... tp yang sedihnya........ bila entry ni ditulis, ibu dan anak-anak dia dah takder kat umah aku...... tak tau kenapa dia pegi macam tu jer...... anak-anak kucing tu ada empat ekor...cantik-cantik dan comel-comel....... takperla...takder rezeki aku nak bela kucing-kucing tu anak beranak............
takperla kucing-kucing dalam kenangan.......