Thursday 15 March 2012

Tempat Meluah RAsa......

Ermmmmmm......... bagi sesapa yang ada anak-anak kecil, pasti tersenyum baca entry ni...... mesti kat rumah korang pun ada tempat meluah perasaan  anak-anak korang jugak...... malam tadi nak tampal poster ABC kat dinding....biar mia familiar dengan huruf....... baru la nampak dinding tu comot yang amat-amat...biasala anak-anak ni pantang jumpa pensil....kaler....pen dsb....kalau kita tak pantau......tu la yang terjadi kat umah..... habis dinding umah ku diconteng untuk meluahkan perasaan.......tu pun salah satu anak-anak yang creatif kan.....


habis dinding umah anak-anak bertuah tu kerjakan.....terutama ketua pasukan.... Damia Qistina

ni la kad ABC yang besar dan kecil..... yang besar tu nak tampal kat dinding...


ni la anak-anak bertuah tu...... pagi-pagi semua tak nak bangun nak gi umah pengasuh....so... letak jer dalam keta......

Ibu doakan anak-anak ibu jadi anak-anak yang solehah dan berjaya hidup di dunia dan akhirat.....aminnnnnn


Wednesday 14 March 2012

MENGAPA SUAMI BERMALASAN DI RUMAH

hihihihihihi.....apa kena mengena plak dengan tajuk kat atas nih???????....... 'ayah' adakah 'ayah' begitu???? ermmmmmm????kadang-kadang..... hikhikhik...selalunya memang rajin tolong ibu...... info yang aku nak bagi nih memang bagus sangat tuk korang baca......ni pun dapat dari blog dari http://drzubaidi.com/blog..........


so......korang baca la info tu......kelakar pun ada....tapi tula kenyataannyer.....
v
v
v
v
v

Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. 


Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.


Homone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,


Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalamkamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah. 


Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.


Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.


Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu. 


Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.


Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna. 


Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.


Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.

”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”

Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.



Bagaimana isteri boleh membantu suami? 


Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya. 


”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”


Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nadayang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentudia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya.


Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah. 

Allah saja yang lebih tahu..

Dah nama pun anak dara kan........

Cuti sekolah ni... banyak betul komen anak dara tu......dia tak nak gi rumah pengasuh pagi-pagi....katanya cikgu suruh pergi skol.....alahai anak dara ku....... keje sekolah cikgu bagi memang cukup untuk seminggu cuti nih.... ayah la jadi mangsa tiap-tiap malam tuk teach mia....yelah dah waktu skol ibu puas dah jadi teacher mia...hihihihi... tiap-tiap malam kena buat kerja skol....... tapi malam tadi.....kelakar pun ada.... dia kumpul semua mainan makeup2 dia......hahahahaha lepas tu dia susun..... dan.......
V
V
V
V
V
v
v
cantik jer dia susun....lepas tu dia berangan makeup2....... anak dara kan.... ibu dia pun tak ada barang-barang makeup...anak dia giler kentang kalau pasal makeup.......

Monday 12 March 2012

Coti Sekolah.......

Cuti sekolah selama seminggu dah pun bermula.....so maknanya minggu ni ibu tak la terkejar-kejar nak ambik mia balik sekolah.... tapi mia buat muka boring masa hantar pengasuh pagi tadi......hahahahahahaha...... tapi dah pesan jangan nakal-nakal kat umah mak.....entah apa la yang dibuatnyer kat rumah pengasuh hari ni.....