Wednesday 27 March 2013

Kisah Ilmu:SEDAR LAH WAHAI MELAYU..

Assalamualaikum..... semalam sepatutnya saya perlu menghadiri Ceramah Pemantapan Jati Diri Muslim anjuran SUKJ di Johor Bahru... tapi kat opis pulak ada Kursus Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan... so tak dapat hadir... tapi ada pulak kengkawan yang hadir share inti pati ceramah semalam..... 

So saya sharekan apa inti pati ceramah semalam yang kawan saya hadiri dimana boleh membuka minda Bangsa MELAYU!!!!! 

"saja nak kongsi dgn group nie apa yg saya dpt ketika menghadiri ceramah pemantapan jati diti muslim anjuran SUKJ yg berlangsung pg tadi..sedar lah wahai orang MELAYU...tentanglah DAP dan fahaman2nya...perikatan yg dibuat dgn parti yg berlandaskan ISLAM itu hanya sebg agenda serta gula2 mrk shj..bak kata Guan Eng: 

1) melayu boleh dibeli dgn harga rm 100 shj..MALAY is NUTS..boleh dimkn dan dibuang mcm tu je...mcm tu ke harga diri kita org MELAYU...keputusan Lim Kit Siang utk bertanding di kerusi Gelang Patah seolah2 mempersenda ketaatsetiaan org MELAYU...janji DAP..

Perkara pertama yg akan dilakukan sebaik shj dpt menakluki bumi MALAYSIA..menjadikan negara ini sebuah republik, membubarkan regimen askar melayu raja2, membubarkan pelembagaan ttg keistimewaan serta kedaulatan raja2, keistemewaan org melayu dan bumiputera, membubarkan MARA, menghapuskan semua ngo's dan persatuan melayu dan.....

yg paling ditakuti....menjadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi di bumi tanah MELAYU kita ini..bak kata penceramah majlis tadi yg juga bekas SU DAP yg juga orang MELAYU Islam..sanggupkah kita melihat atau kita merasai kesusahan, kedaifan serta kesengsaraan di bumi tanah MELAYU ini sedangkan mereka DAP serta lain2 parti boneka sekutu mereka ini sanggup berkompromi dgn urusan agama semata2 menegakkan perjuangan yg telah diatur oleh pakar2 mastermind DAP ini..menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal..
Patutlah Rasullah pernah beriwayat bahawa umat2ku di akhir zaman nanti umpama buih2 di lautan shj.... keimanan yg tipis serta mudah terpengaruh...tapi apa yg orang MELAYU boleh buat...

ada 4 perkara aje kemampuan org MELAYU..x percaya..cuba renung dan fikirkan..betul atau tidak cakapnya..4 perkara yg mampu dibuat oleh kita hanya:
1. Mampu Melihat 
2. Mampu Mendengar
3. Mampu Membuat Laporan Polis dan yg ke
4. Mampu Membuat Demonstrasi aje..betul x..

so kawan2 ku sekalian..saya hanya nak berkongsi shj..fikirkan lah dan renungkan lah..saya...awak...dan awak semua mungkin telah merasai kemanisan kemerdekaan dan buah pembangunan...tapi bagaimana dgn anak2 dan cucu2 zuriat keturunan kita..

So sebg seorg MELAYU mahukah kita mengadaikan negeri kita seprti yg telah berlaku di Pulau Pinang dan Selangor rakyat MELAYU ditindas terang2an..marilah kita sama2 menyumbang sedikit agar negara kita tidak tergadai walaupun kpd rakyat negara kita sendiri..TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...dan tatkala lagu ANAK KECIL MAIN API diperdengarkan tadi..tanpa disedari air mata ini terkeluar juga walau pada saat ini pun tatkala jari jemari ini masih menaip..SEDARLAH WAHAI BANGSA MELAYU KU.."

Setelah membaca apa yang rakan saya share kan...... saya berasa, jika kita bangsa melayu tak bersatu..... kita akan menghadapi kehancuran.........  dan marilah kita hayati lagu ANAK KECIL MAIN API yang sering kita nyanyikan sewaktu motivasi masa kat sekolah dulu..... fikir-fikirkan.....


Berikut lirik lagu: Anak kecil main api.
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Kisah Ilmu: 9 Tanda Anak Pintar

Assalamualaikum....lama gak tak update blog... almaklum bz la kate kan...... pagi tadi terbaca satu artikel yang sangat bagus dan menarik.....

Artikel tu mengenai 9 tanda anak yang pintar..... alhamdulillah... tanda-tanda tu ada kat anak-anak saya....cuba korang baca & cuba tengok tanda-tanda tu ada tak pada anak-anak korang......meh saya share kan 9 TANDA ANAK PINTAR.......

1. Ingatan yang kuat. Anak pintar mampu mengingati banyak perkara, tidak seperti kebanyakan kita yang selalunya 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan'. Contoh dari NAGC (National Association of Gifted Children); "Seorang anak berusia 6 tahun yang pulang dari muzium angkasa, melakar kembali gambar rajah roket yang telah dilihatnya dengan tepat."

2. Memiliki minat yang luas. Anak pintar mempunyai minat dalam berbagai bidang. Minat mereka berubah-ubah mengikut masa. Contoh; bulan ni mungkin suka dengan dinosaurus, bulan depan suka aerospace dan seterusnya. 

3. Menulis dan membaca lebih awal. Seorang anak pintar mungkin boleh membaca dan menulis lebih awal dengan sendiri tanpa pengajaran formal.

4. Berbakat dalam bidang seni. Anak yang mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang seni dan muzik sering dianggap pintar. Anak yang boleh melukis, menyanyi dengan sempurna, atau dapat menghasilkan bentuk persepsi seni yang tinggi adalah termasuk dalam golongan anak pintar.

5. Mempunyai konsentrasi yang tinggi. Biasanya budak-budak tidak mampu meluangkan masa yang lama pada sesuatu perkara (cepat bosan), tetapi anak pintar mampu memberi tumpuan yang lama pada sesuatau perkara yang diminatinya.

6. Memiliki kosakata tinggi. Biasanya anak-anak memang suka bercakap dan banyak bertanya, tetapi jika mereka mengunakan perkataan yang lebih maju yang kita sendiri jarang mengunakan perkataan-perkataan itu dan kena pada tempatnya, maka anak ini adalah anak yang pintar. Menurut NAGC "Anak berusia 2 tahun biasanya bercakap seperti 'Ada kucing' tapi anak 2 tahun yang pintar akan berkata 'Ada seekor kucing di belakang rumah dan ia sedang berkejar-kejaran."

7. Penglihatan tajam dan terperinci. Anak pintar mempunyai mata tajam. Anak yang lebih besar mungkin ingin tahu lebih terperinci tentang bagaimana segala sesuatu bekerja dan anak yang lebih kecil dapat meletakan kembali ketempat asal dimana mainan itu diambil.

8. Bertindak sebagai pengkritik sendiri. Pada umumnya anak-anak tidak kesah tentang diri mereka atau orang lain, kecuali jika kawan mereka memiliki sesuatu yang mereka inginkan. Sebaliknya, anak pintar prihatin dengan orang lain, malah lebih lagi pada diri sendiri.

9. Memahami konsep yang kompleks. Anak yang sangat pintar memiliki kemampuan untuk memahami masalah yang kompleks, memahami hubungan, dan berfikiran abstark. Mereka mampu memahami masalah secara mendalam dan berfikir cara penyelesainnya.



Mudah-mudahan ilmu ni berguna pada kita.....

Wednesday 20 March 2013

Kisah tempahan kek/kuih:kes besday yang tak berapa nak besday

Assalamualaikum..... 
tu hari masa buatkan kek besday tuk tempahan, kakak Mia pun nak juga kek... tapi ibu dia tersangatla BZ.... merengek-rengek nak kek, so ibu buatkan kek coklat moist sebab kakak request nak makan kek coklat & ada lukis-lukis katanya...... so kek ni kakak mia nak bawak gi skol katanya.... so penuhila permintaan kakak mia tu.....





sikit comot sebab kakak mia pun nak deco sama hihihihihihihi


nak tempah/pertanyaan boleh call/sms 013-7632642


Kisah tempahan kek/kuih: Cup cake besday

Assalamualaikum.......
kali ni nak citer pasal cup cake besday plak........ 
Ni pun regular customer yang oder.... last minit nyer keje...... deco cup cake berebut dengan anak-anak... lawak la masa tu... aidea pun ntah haper2.... bleh la... dah last minit kan.....

CUP CAKE CHOCOLATE MOIST WITH DECO 

(tempahan dari Kak Shidah)







tempahan/pertanyaan boleh call or sms 0137632642

Tuesday 19 March 2013

Kisah Tempahan Kek/kuih:PAVLOVA

Assalamualaikum...... korang mesti biasa dengar PAVLOVA ni..... rasanyer memang manis....
tapi saya dah ubah sikit resepi maka jadi kurenggg manis......

ada mini pavlova & ada juga nak yang saiz besar... terpulang....




huhhhhh!!!!!!!! sedapkan.....
ni saiz 9"....
ikut suka nak saiz apa...
bergantung budget anda......



ni yang mini....
ramai suka yang mini sebab lagi crispy.....
memang mabeles.....





TEMPAHAN DARI HAZWANI (regular customer)


TQ wani...... 
surprise tuk hubby dia yang teringin sangat makan.....




TEMPAHAN DARI LAILI (regular customer)


TQ laili....
jangan makan banyak sangat yer...hihihihihi
tunggu tempahan next ni yer



Untuk pertanyaan lanjut @ tempahan boleh call/sms 0137632642 or whatsapp 0182322809

kisah kita:buang sikap dengki,iri hati.......

Assalamualaikum....... moga-moga kita semua dilindungi oleh Allah..... dilindungi dari semua benda-benda yang tak baik.......

ahakkkkkssss nak buat sessi luahan perasaan boleh tak????? adoiiiii lahai..... boleh la...boleh la.... nak share dengan kengkawan yang kat luar sana yang masih ada titik-titik hitam.... boleh????? wowwwww!!!!! nanti ada yang marah????kenapa nak marah kalau bukan kita yang buat???????? adoiiiiiii!!!!

kisah ni berlaku dalam kehidupan seharian kita sebenarnya..... samada bekerja kat opis... berniaga... berkawan or what ever la kan.... kisah ni berlaku kat kawan saya.... kat opis... kisah yang pertama ni... kawan saya ni bukan main kesian lagi buat keje bagai la nak tercabut nyawa...ada anak kecik lagi.... kena keje luar lagi.... alahai kesian betul la..... tup-tup ada sorang kawan dia ni tak boleh la tengok dia buat keje lebih sket.... tercabar la tu kan..... habis si kawan saya ni... dia telah difitnah bahawa dia tak pernah buat keje, buat keje main-main dan selalu takde kat opis...... padahal kebetulan sekali tu dia terlambat gi opis sebab ada la hal yang tak dapat di elakkan....si hasad dengki tadi ni mula la 'mencucuk jarum' kat bos mengatakan itu ini sampaila semua orang percaya....... 

ohhhhhh tidakkkk!!!!!kesian kawan saya ni...... tapi berkat kesabaran dan berdoa.... akhirnya Allah tunjukkan juga kebenaran bila satu hari tu bos panggil dia tuk tanya apa sebenarnya yang terjadi...sebab si bos kawan saya tu pun dah terkena dengan si penghasad dengki..... dan sekarang semua perangai dia yang suka cari kesalahan orang tu dah ramai mula nampak...... so plizzzzzzzzzzz jangan buat dengki kat orang sebab sekarang ni dunia balas dunia... tu satu kisah...

ni ada lagi satu kisah.... kawan saya ni berniaga macam saya..... baru-baru gak bertatih..... so dalam hati dia niat nak kembangkan lagi bisnes dia...so dia pun gi la kelas-kelas kek yang agak mahal bayaran nyer... tapi memang berbaloi-baloi...sebab kelas-kelas yang mahal ni banyak kelebihan nyer...hanya orang yang dah selalu gi jer yang tau...macam saya....kehkehkehkehkeh nak juga..........  kawan saya ni tak terpikir pun nak berberlawan-lawan atau bermegah-megah dengan sesiapa..... rupa-rupanyeeeerrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!! ada jugak sipenghasaddengkiirihatibusukhati (member satu opis lagi tu) dan sewaktu dengannya... sipenghasad dengki ni panas hati bila tengok kawan saya ni bisnes dah maju..... padahal dia berabis duit nak majukan perniagaan dia nih..... tak bising-bising pun kawan saya tu... tau-tau bisnes dia dah macam-macam & mula naik... si penghasad dengki ni siap call tok guru kawan saya ni nak gi kelas juga, apa yang kawan saya gi tu,siap sebut nama kawan saya ni lagi......

haiyoooooo!!!! termenung jap kawan saya...sebab dia gi kelas tu nak majukan diri dia.... lepas tu si penghasad dengki ni ingat kelas tu murah-murah ker?????!!!!!!!!!!!!mahal tau.... buat apa kawan saya nak gi kelas mahal-mahal kalau cuma nak menunjuk-nunjuk......kalau setakat menunjuk2 membazir duit jer tau..... apa pun tak boleh..... bila dia tau semua kelas yang kawan saya gi tu bukan murah.............. terdiam sekejap kawan tu...... ingat gi kelas mahal-mahal ni main-main ke???????.... perlukan pengorbanan yang banyak.........banyak sangat...wang ringgit ofcoz la.... hujung minggu time rehat kena burn la...tinggal kan anak-anak & suami kat umah..... hujung mingu tau!!!!!!!!

kalau kita nak maju, kita kena fikir apa tindakan seterusnya untuk maju.... bukan nak potong jalan orang or pijak orang untuk maju kehadapan..... nak maju atau berjaya kita kena mula dari bawah dan kena belajar banyak benda....... bukan lihat apa yang orang lain ada, kita pun nak ada......boleh nak ada tapi berusaha dengan gigih bukan dengan menjatuhkan orang lain........ sebab dunia ni balas dunia..... boleh cemburu dengan kejayaan orang lain dengan berusaha lebih gigih untuk berjaya!!!!!!!!!! BUKAN DENGAN BERUSAHA GIGIH MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK BERJAYA & DAPAT NAMA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

marah nampak???????!!! wakakakakakaka tak la marah...emosi skettttt jer..... nama pun manusia..... semoga Allah mengampunkan kita semua mudah-mudahan..... aminnnnn.... maaf jika terkasar bahasa..... yang baik jadikan teladan...yang buruk jadikan sempadan......

Monday 18 March 2013

Kisah Tempahan kek/kuih: NEW CAKE (SPECIAL)

Hihihihihihihi...Assalamualaikum...semoga semua sihat....

wahai kengkawan ku semua......saya dah ada barang baru tau.. memang mabelessss tahap dewa-dewa...ahaksss.....

ni baru katam dengan tok guru....(CHEF KHAIRI & KAK MARIA TUNKU SABRI)

so sapa-sapa yang nak menempah kek yang super hebat ni boleh la contact saya yer..


CHOC MUD CAKE



sangat-sangat sedap ala-ala coklat indulgence tapi tak serupa....
sangat sedap sebab TIDAK MENGGUNAKAN TEPUNG
-hiasan akan di charge harga lain-


APPLE CRUMBLE CHEESE CAKE



sekali makan mesti nak lagi.......tak percaya????
cuba la oder...kannnn..
-hiasan akan di charge harga lain-


ICE CREAM CAKE


kek yang sangat-sangat glamour sekarang.....
ice cream home made yea...
ada 3 perasa.... strawberi, coklat & vanila...
boleh pilih perasa......
-hiasan juga akan di charge harga lain-



sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi 0137632642

Monday 11 March 2013

Kisah Kerja: Sistem Saraan Transformasi (Baru diumum PM)

PM baru umum kan tadi.... apa pun tq la Pak Najib......




PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita 
baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion - Sinar Harian



Kisah tempahan Kuih/kek :Crepe durian, crepe coklat,crepe oreo

Crepe......crepe....crepe...crepe...... meh oder... 
kulit crepe yang sangat sedap serta cream yang sangat special.....








 ni gambar oder from customer yang sempat snap..
dah banyak sangat oder from customer....
crepe yang sangat fresh from Ladylily Kitchen





oder lagi....

sentiasa fresh from LadyLily kitchen...
Sekitar Muar or Ledang (Tangkak) nak oder bleh cal/sms 0137632642

Kisah Kami: mari berzikir


mari lah kita sama-sama amalkan......
moga-moga beroleh  keberkatan....
aminnnnn......

Kisah Tempahan Kuih/kek:Pelbagai Jenis tart

Assalamualaikum....... huh...... setelah berguru untuk membuat berjenis-jenis tart..... maka saya dah boleh la menerima tempahan tart yang sangat sedap...

Dimana shell tart tidak akan 'lemau' @ lembik walaupun telah diisi oleh inti tart.....

buleh juga buat dengan menggunakan resepi yang biasa-biasa kita dapat kat dalam laman-laman blog kengkawan yang lain.....


 Tart chocolate with peanut butter







dari dekat...
sedap sangat.....



Tart Kelapa with apple



ni pun sedap....sekali makan nak lagi....




Blueberry Cheese Tart/Strawbery Cheese Tart/kiwi




cheese yang sangat creamy.....
& tak pecah walau disimpan lama dalam fridge.....
permintaan yang sangat tinggi....



isi di dalam...... yummmy......


Tart buah



sangat sedap
juga mendapat sambutan ramai...



Tart Telur


nak tau sedap atau tidak... cepat-cepat la oder



tempahan dari customer... terima kasih banyak-banyak









sentiasa fresh from Ladylily Kitchen...nak oder boleh cal/sms 0137632642

Thursday 7 March 2013

Kisah Ilmu:Istilah makanan Berkaitan Babi

Assalamualaikum..... terbaca satu artikel mengenai istilah BABI dalam makanan.... uisshhhhhh macam pernah terbaca lak.... uwekkkkkkk!!!!! mau termuntah nih.....

meh saya kongsikan dengan kengkawan untuk informasi yang berguna nih.....

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar. 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Wednesday 6 March 2013

Kisah Tempahan kek/kuih:Continental Cake



alhamdulillah...akhirnyer tercapai juga hajat dihati nak belajar kek continental ni.....
hahahaha.... yang menjadikan beria-ia nak belajar baking continental cake ni sebab selalu buat tak jadi..... dan resepi kat intenet selalu la sangat-sangat tak paham dan bahan susah nak dapat....

kali ni sifu kek yang saya belajar ajar dengan cara yang mudah dan bahan yang sangat senang diperolehi...

rasa???? sangat-sangat la sama dengan kek-kek yang terkenal tu...

meh la tengok hasilnya dengan apa yang saya pelajari....


SNOWY PEACH CUSTARD CREAM CAKE








sangat sedap.....


RED VELVET

Ini adalah diantara kek continental yang sangat terkenal & sedap...saya telah beberapa kali mencubanya... namun tidak menjadi.... tapi kali ni..... lihatla hasilnya.....





dah tau la step-step so dengan mudah membuatnya...
resepi agak sama, cuma telah diubah suai oleh sifu saya ni
agar orang-orang yang macam saya ni mudah membuatnya...



DOUBLE INDULGENCE CHOCOLATE CAKE

Rasa memang sama macam kat SR... tak caye meh ler tempah..... tq kepada sifu kek saya nih....




sama kan.....



CHUNKY PRUNE CAKE










kalau rasa nak makan sila la sms/cal1 untuk tempahan: 0137632642








Monday 4 March 2013

Kisah Negaraku: Pray For Sabah




Assalamualaikum...... semoga sihat semuanya...... hati ni agak berdukacita..... (bukan ada masalah pun)......... berdukacita disebabkan negara kita dilanda musibah..... sekarang ni kat Sabah lebih tepat lagi kat Lahat Datu tengah dilanda serangan penceroboh.....

Dan ramai yang tahu disebabkan kes ini ramai satria kita yang gugur mati syahid.... Takziah untuk keluarga mangsa serangan & Alfatihah untuk mereka yang gugur... dari semalam hati ini dan mata ni tak boleh dengar & tengok berita mengenai Lahat Datu... mata mesti berair, hati berdegup kencang.....

Sayu hati masa tengok isteri-isteri pejuang-pejuang kita yang tabah menghadapi dugaan ini.... semoga roh-roh pejuang kita ditempatkan dikalangan golongan-golongan orang yang beriman...

marilah kita bersama-sama berdoa agar masalah ini akan cepat selesai dan negara kita terus aman dan makmur..... Semoga negara kita dilindungi oleh Allah dari perkara-perkara yang tidak diingini... Aminnnnn...

Friday 1 March 2013

Kisah Tempah Kuih/Cake:Marble Cheese brownies

Assalamualaikum..... lama nyer tak update blog.... macam bz jer kak tipah ni????wakakaka... huhhh ler... bz keje... dengan kena audit selalu....... huhhhhh muka ni jer ler yang selalu kena...nak buat camner.... dengan tempahan DC (durian crepe) yang dah mula kembali menyerang.....

ehem...ehem.... sebenarnya tekak ni teringin sangat nak makan Marble Cheese brownies....nak tau sangat rasanyer camner..... tgk sana sini kengkawan buat..search punyer search jumpa banyak versi & banyak cara...tapi yang sangat menarik perhatian ni resepi dari Naz Rinn Chan.........

mula-mula cuma buat nak makan-makan jer...berdebar-debar tul nak buat, tapi ada pulak yang berkenan nak menempah.....Rinn chan tq banyak-banyak kongsi resepi yang best nih......


Marble Cheese brownies yang sangat lembut dan sedap....
tq Kak Shidah sebab sudi tempah.....
yang belah bawah tu makan sendiri...
sebab dah terhangus.... 
tapi nyer sekejap jer habis.....


ni versi packaging.....
sesuai untuk gift......
harap-harap berpuas hati si penerima nyer 
(orang-orang kat opis si buah hati)

kalau rasa-rasa nak oder...kengkawan area Muar tu leh la oder ngan saya 0137632642