Friday 31 May 2013

Kisah Tempahankuih/kek:Kek Hantaran

Assalamualaikum.....
salam jumaat....hihihihihihi malam tadi tido lambat sebab siapkan kek hantaran yang agak mencabar....deco nyer nak buttercream & fondant dot..dot..... 

dengan sabar nyer membuat...... gugurl2 plak dok jadi minah kacau sebab ayah diorang balik lambat....dengan kesabaran yang tinggi akhirnyer dekat pukul 2.00 pagi siapla mendeco kek.... 

alhamdulillah..... Tq Rasilah tempah kek hantaran untuk adik sepupu nyer.... selamat pengantin baru yer Aziz & Nurain... moga kekal hingga ke anak cucu....






Coklat sponge cake filling mouse coklat + ganache



Muar/Ledang untuk pertanyaan & tempahan cal/sms 0137632642 @ wassap 0182322809


Wednesday 29 May 2013

Kisah Tempahan kek/kuih:Crepe Durian & Crepe oreo

Assalamualaikum....
moga-moga sihat semua.... wahhhh rakan-rakan baker n sifu saya swmua tengah bz menyiapka wedding cake... gud luck yer... dan semoga business makin maju....

saya ada la jugak sikit tempahan kek hantaran dan selebihnya.....crepe.............. asyik2 crepe kan.... alhamdulillah......


















terima kasih kepada customer-customer yang mempercayai barangan kami......

Muar/Ledang yang berminat boleh la membuat pertanyaan/tempahan cal or sms 0137632642
wassap 0182322809

Kisah Tempahan kek/kuih:Kek hantaran

Assalamualaikum.....
dah musim cuti sekolah kan...so.... kerja kawin & tunang pun melambak-lambak la yer..
kek hantaran ni opis mate nyer...dia kata nak simple macam ni jer...
tahniah yer Farah... mudah-mudahan kekal ke jinjang pelamin.....

snowy cheese cake


Muar/Ledang boleh buat pertanyaan/oder cal/sms 0137632642, wassap 0182322809


Friday 17 May 2013

Kisah Kerja:Jadi Penceramah.....bleh cayer???

Kalau tengok tajuk macam kelakar kan....yer la saya ni jenis darah gemuruh....... lagi-lagi bila berhadapan dengan orang ramai.......

Minggu lepas dapat jemputan dari TNB untuk bagi ceramah pasal keselamatan kerja pengorekkan jalan... hihihhihihihihi...ini kes utilities la ni kan.... saya jaga bab services...selain TNB, utulities lain cam SAJ, TM & TELCO pun saya cover...almaklum diorang ni suka korek jalan JKR tanpa kebenaran.... kalau ada pun selepas korek tu tak dibaiki sepertimana syarat-syarat yang kami telah sertakan dalam surat... so kali ni pihak TNB minta JKR bagi taklimat penuh.....

Bos minta saya bantu En. Syafiq (jurutera senggara) untuk taklimat tersebut... walaupun orang-orang TNB dah familiar dengan saya....tp...dub dab...dub dab tu ada... ingatkan sikit2 peserta.... sekaliiiiiii!!!!!!!!!!!! amekkkkk kawwww!!!! peserta ramai le.... dengan kontraktor skali ko nyahhhhhh.... fuhhhhh berpeluh kat dalam...sejuk kat luar... hakhakhakahahak........mula-mula jer...lepas tu leh buat-buat lawak lagi.....
dan akhirnya dapat bagi la taklimat...& En Shafiq meneruskan tajuk yang lain.....

apa pun suh En. Syafiq bg opening dulu... gambar-gambar yang lain lupa nak snap... kami gi bertiga.... sebenarnya bukan level saya untuk bagi taklimat...tapi dah bos arahkan... kan "saya yang menurut perintah"...

bukti.......hihihihi.....





minta En. Shafiq buat opening sementara saya
setup apa yang perlu untuk taklimat........



ni cenderahati from TNB..
nak tau apa dalam kotak???
VVVV
VVV
vvv
v
v
v
v
ni la isi dalam kotak tu....
terima kasih kerana berkerjasama......



Kisah Sekolah: Selamat Hari Guru 2013 (mia bg hadiah kat cikgu)

Ni cerita semalam....semalam kan, Hari Guru.... So mia nak bg cikgu hadiah..... so apa nak bg ekkkk???? fikir nyer fikir.... oklah ibu belikan hadiah yang ibu mampu ye kakak mia....

Selamat Hari Guru buat Cikgu Ros, Cikgu Mai & Cikgu Jiha......semoga terus sabar mendidik anak-anak ni ilmu agama...... tapi agak sedih sebab cikgu Jiha dah last minggu ni... Cikgu Jiha ni, guru kelas mia.... tahniah Cikgu Jiha sebab dapat sambung belajar..tak jauh pun kat Matrikulasi Tangkak jer...tempat ayah kakak mia bertugas..... still boleh jumpa lagi kan.....

Cikgu Ros pulak takde...anak dia masuk wad... mudah-mudahan anaknyer cepat sihat yer......

ni jer yang ibu mampu yer kakak Mia




tuk cikgu Mai......




tuk cikgu Jiha






Thursday 16 May 2013

Kisah Ilmu:Kongsi Ilmu agama

Nak kongsi Ilmu sket supaya kita dapat kebaikan bersama....

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.

Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".


Mudah-mudahan dapat manfaat bersama.

Kisah Tempahan Kek/Kuih:cup cake, mini snowy cheese & kek snowy cheese

Assalamualaikum....
hari ni 16/5/2013 adalah hari guru.... Selamat hari guru tuk mereka yg menjadi pendidik yer....
Alhamdulillah.... tempahan agak memberangsangkan tuk hari guru... many2 thank you yer hihihihihihihi


Member Opis 


cup cake snowy cheese....

mini snowy cheese cake



Opismate Hubby

member hubby nyer
supprise tuk wife nyer katanyer.....
dah edit jadi kuning lak warna cheese tu.....


Muar/Ledang boleh untuk pertanyaan boleh cal/sms:0137632642
wassap:0182322809

Tuesday 14 May 2013

Kisah Tempahan kek/kuih:Kek Chocolate moist filling cream indulgence

Assalamualaikum....
wahhhhh panjang nama kek.....
tq wani... kek besday tuk adik-adiknyer yang macam twin tu....






cake chocolate moist filling cream indulgence



Bagi yang berada di Muar/Ledang untuk pertanyaan & tempahan blh 
cal/sms:013-7632642
wassap:0182322809


Monday 13 May 2013

Kisah Tempahan Kuih/Kek: kek oren & Pavlova

Assalamualaikum.... ohohohoho minggu yang bz uolssss.... sampai demam-demam kak timah di buatnyerrr dek nonnnn......

hujung mingu lepas sibuk buat kek...pavlova & crepe.... ada sorang akak ni nak kek oren..tapi nak plain jer...tak mo cream2...nak bt besday tuk hubby dia....

yang sorang lagi nak pavlova tuk anak-anak nyer yang suka pavlova.... siap oder lagi...tapi oder dah malam... mana nak cari buah kak tonnn..... dia kata xper buah dia leh cari tolong buatkan pavlova plain jer... berebut anak-anak katanya..... tq u olssss......

Kak Shidah & Kak Tim



kek oren ni akak tu nak plain jer......



pavlova best ni....



malam tu nyer projek.....




hahahahaha repeat oder tapi nak plain.....
tq banyak2 yer kak...




bagi mereka yang berada ni Muar/Ledang
sesiapa nak oder or pertanyaan blh cal/sms:0137632642
wassap:0182322809




Wednesday 8 May 2013

Kisah Kami: 08.05.13 hepi besday kakak mia

08.05.08.........lima tahun dah berlalu....... anak ibu dah besar...dah sekolah.... sangat cantik.... sangat cerdik.. sangat memahami.... alhamdulillah... syukur atas kurniaan Allah yang tak terhingga ni.....

Hepi besday kakak mia.... ibu & ayah doakan , anak ibu jadi anak yang solehah, sentiasa sihat cerdas, sentiasa dilindungi oleh Allah daripada segala kejahatan didunia, dijauhkan segala kemaksiatan... dipermudahkan hidup dunia & akhirat..... sentiasa mendoakan ibu & ayah......

kakak sambut dengan kengkawan kat sekolah.... ibu cuma dapat sediakan kek, sikit jajan tuk kengkawan & breakfast yang tak seberapa tu.... tapi anak ibu yang sangat cerdik ni gembira yang amat sangat......
berulang-ulang kali ucapan terima kasih & pelukan dari kakak yang ibu dapat hari ni.......

hanya itu jer yang ibu dapat sediakan untuk kakak.... hadiah????ibu tak beli lagi.... tak sempat sangat.... tapi kakak dapat hadiah dari Cikgu Jiha, Cikgu Ros & Cikgu Mai kan...... walaupun biasa-biasa jer tapi sangat bermakna.... simpan elok2 yer kakak buat kenang-kenangan.... 

kek kakak mia...
cikgu cakap macam muka kakak mia....
hihihihihihi...

kengkawan nyanyi lagu besday tuk kakak..

suka kawan-kawan kakak kan...

besday gurl....
ibu sayang sangat kat kakak....