Friday 26 July 2013

Kisah Kami:Surprise to My love

hihihihihihihiiiii... ingat tak post lepas, yang saya terlupa besday hubby tu?????? huhhhhh ni la sambungan citer dia...

semalam buat la surprise kat my love.... punyer la kelam kabut.....sebab tengahari tu nak kena gi jb sebab ada meeting petang tu.....

so.....beli bunga & wallet jer... wallet LEVIS jer pun....wallet LEVIS yg my love nk tu dah takde.... tp cantik gak la.. so saya tinggalkan bunga & present tu kat umah sebab saya balik lambat... dpt sms petang tu from my love, dia terharu sesangat...dia tak mintak pun... sajer bagi...sebab wallet yang lama tu pun dah sampai hukum.....




bungee.....



luar.....



dalam.....



tinggalkan di sofa......
4 u....
from we.....





Kisah Tempahan Kuih/Kek:Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum...
wahhhh...bukak jer radio dah mula berkumandang lagu raya kan..... dah hujung-hujung ramadhan rupanya...
boleh tak kalau Shawal tak kunjung tiba???? huwawa....wawawa....

Alhamdulillah.... rezeki di bulan ramadhan sentiasa ada...slalu bersyukur kan.... jangan dengki iri hati..... jauh kan....syuhhh...syuhh...gi jauh-jauh...

ini diantara rezeki bulan ramadhan..... nanti ada lagi yang menunggu...

DURIAN CREPE



oder from En.Nik (my bos) & tak ingat sapa nyer...



malam tadi nyer projek walaupun keletihan sampai umah kul 10.30malam
dari meeting di JB



masuk kotak untuk delivery




MINI PACK SNOWY CHEESE CAKE

tq aina & ila.....


rezeki bertambah.... tq CC IBM,  Azuwan & Hjh Norlida



inilah rupa snowy cheese cake mini pack dari dekat...
sangat melty....
siapa nak boleh hubungi saya...


muar/ledang, melaka, b.pahat yang berminat boleh sms/call untuk pertanyaan @ tempahan 0137632642, wassap/wechat 0182322809


Thursday 25 July 2013

Kisah KAmi:Alhamdulillah rezeki raya...

alhamdulillah...... cuma nak bagi tau... kami dapat bantuan hari raya RM500.00.... boleh buat tambah-tambah yang kurang............


boleh gi kat link dibawah kalau nak tau lebih lanjut.... TQ PM....

bantuan khas kewangan 2013www.jpa.gov.my


Kisah Kami:Hepy Besday Ayah..we luv u...

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 16 Ramadhan..... tahun ni agak kelas kabut sket..... banyak sangat yang nak dibuat.... tetiba dah nak raya......

dan pada 23 JULAI 2013 adalah birthday my love.... tapi ntah apa punya kebengongan...boleh lupa... ini bukan main-main nyer lupa..... sampai my love merajuk.....

semalam saya belanja berbuka kat MCD pun masih tak ingat..... orang tu dok hint-hint tapi wife dia ni masih tak paham-paham..... 

sori ye ayah.....ibu memang betul-betul lupa...padahal...dah mcm2 surprise nak sambut besday ayah.....so.......jeng......jeng...jeng....petang ni ibu balik lambat sebab ada meeting kat JB.... tapi ada suprise yang akan menunggu........moga-moga terubat hati yang merajuk tu yer....kek????kena pospone hujung minggu okeh....

nanti saya akan update suprise yang saya buat tuk my love tu......

Thursday 18 July 2013

Kisah Perkongsian Ilmu:Aku tidak Sehebat KHADIJAH AL-KHUWAILID...Isteri terhebat

Assalamualaikum......
alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke9... semoga ibadah puasa kita adalah yang terbaik hari ni berbanding semalam.....
alhamdulillah saya telah menjadi seorang isteri masuk ke tahun ke 6....syukur sangat2.... saya terbaca satu artikel mengenai Siti Khadijah Al-Khuwailid ni....korang tahu sapa dia???kalau tak tau memang nak kena ketuk ketampi laju-laju.... kat sini saya nak share tentang beliau...sebab saya belum mampu ke tahap tu....

KHADIJAH AL-KHUWAILID, ISTERI TERBAIK

Siapakah wanita pertama yang beriman di saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW?
Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya di saat semua orang enggan memberinya?
Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah keturunan?
Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami di saat semua orang membencinya?
Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah al-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murobbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Profil Khadijah
Beliau ialah Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qushai bin Kilab. Lahir di Ummul Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Keturunan suku Quraisy dari keluarga Bani Asad.
Menurut Az-Zubair bin Bakkar, sejak zaman jahiliyyah, beliau dikalungkan gelaran al-Thahirah (wanita suci) oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan kesucian. Ibunya bernamaFatimah binti Za’idah al-A’miriyah.
Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka. Sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy.
Sebelum dikurniakan darjat sebagai Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa kali menikah. Suami pertamanya adalah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suaminya, beliau menikah lagi dengan A’tiq bin A’bid bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Namun, perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar Khadijah namun ditolak kesemuanya.
Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.

Khadijah di Hati Nabi
Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Beliau dimuliakan suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.
Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).
Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

Keutamaan Khadijah
Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:
1. Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.
2. Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).
3. Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.
4. Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.
5. Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.
6. Insan pertama solat bersama Nabi.
7. Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8. Orang pertama menerima salam daripada Allah.
9. Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar).
10. Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Ibu yang Barakah
Khadijah melahirkan keturunan bagi Nabi. Permata hati mereka seramai 6 orang iaitu 2 lelaki dan empat perempuan. Mereka adalah Al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu Kulthum, Zainab dan Ruqayyah. (Rujuk Dalailun Nubuwwah, al-Baihaqi, hlm. 70).
Beliau tabah menerima takdir apabila semua puteranya dijemput mengadap Allah ketika masih kecil. Keberkatannya terserlah apabila dipilih oleh Allah SWT untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.

Kematangan Khadijah
1. Matang memilih pasangan hidup
Beliau menolak sekian banyak lamaran tokoh-tokoh Quraisy kerana dapat menduga ketertarikan mereka lebih kepada tamakkan harta Khadijah. Wanita yang matang menilai ini menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi yang amanah menguruskan hartanya bukannya diperhambakan oleh harta. Peribadi Rasulullah SAW dirisik melalui hamba lelakinya Maisarah.
Hasrat hati lalu diungkapkan melalui sahabat karibnya, Nafisah binti Munabbih. Beliau tidak mengungkapnya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita. Rasulullah SAW menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu, disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka, Abu Thalib, Hamzah dan bapa-bapa saudara Nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah, A’mr bin Asad untuk meminang Khadijah bagi pihak Muhammad.
Walaupun menikahi seorang lelaki miskin bernama Muhammad, Khadijah bahkan terasa makin kaya. Kaya harta dan ditambah kaya jiwa. Kekayaan budi pekerti Muhammad menambahkan kekayaan hidupnya. Apatah lagi, Muhammad sangat cekap berniaga, amanah dan datang daripada keturunan terhormat.

2. Segera menyahut kebenaran
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang ke rumah setelah diajar Jibril cara mengerjakan solat. Rasulullah SAW pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah. Khadijahpun segera minta diajar dengan berkata, “Tunjukkanlah kepada dinda apa yang ditunjukkan Jibril kepada kanda.”
Rasulullah SAW lantas mengajarnya berwudhuk dan solat. Kemudian, mereka solat bersama-sama. Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Al-Ishaabah, “Riwayat ini merupakan bukti paling jelas tentang keislaman Khadijah.”
Saat itu, solat lima waktu belum diwajibkan. Solat yang diajar Jibril hanyalah solat dua rakaat di waktu pagi dan solat dua rakaat di waktu malam.

3. Menghormati Ibu Susuan Nabi
Khadijah dengan senang hati bersama suaminya membawa Ummu Aiman, ibu susuan Nabi ke rumahnya setelah pernikahan mereka. Ummu Aiman yang berjasa itu dimuliakan seperti memuliakan ibu kandungnya sendiri.
Bukan itu sahaja, ketika Halimatus Saadiah datang mengadu kepada Nabi tentang penderitaan kemiskinan di Kampung Bani Saad, Khadijah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor kambing dan seekor unta untuk membawa air dan bekalan yang cukup. Beliau sedar, suaminya membesar dalam pelukan Halimah. Kampung Bani Saad itu pula penuh nostalgia dalam hari-hari kecil suaminya. Itulah cara Khadijah memuliakannya.

4. Peka membaca apa yang disukai Nabi
Khadijah tahu bahawa Nabi amat menyukai hambanya, Zaid bin Haritsah. Tanpa berlengah lagi, beliau menghadiahkan hambanya itu kepada suami tercinta. Zaid lalu dimuliakan Nabi menjadi anak angkatnya dengan gelaran Zaid bin Muhammad sebelum larangannya disyariatkan.

5. Menenangkan suami yang ketakutan
Dalam peristiwa agung penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’, prosesnya amat berat dan melelahkan. Gema suara Jibril yang menyeru ‘Bacalah!’ terasa amat menggerunkan. Rasulullah SAW pulang dalam keadaan ketakutan.
“Selimuti kanda! Selimuti kanda!” Pinta Rasulullah tatkala disambut isterinya.
Setelah itu, Rasulullah berkongsi ketakutannya dengan isteri tercinta. Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, Khadijah menghiburkan, :”Jangan khuatir. Berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan menghinakan kanda dengan kejadian itu. Selama ini kanda sering menyambung silaturrahim, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang lemah, menghormati tamu, dan mendukung setiap kebenaran.” (Rujuk Sahih Muslim).
Beliau dengan bijaksana membawa suaminya berjumpa Waraqah bin Naufal yang alim. Ia makin meneguhkan keyakinan suaminya.

6. Menjadi orang pertama memeluk Islam
Imam Izzuddin bin al-Atsir rahimahullah berkata, “Khadijah adalah manusia pertama yang memeluk Islam” (Usudul Ghaabah, hlm. 78). Dialah peneguh dakwah Nabi. Mengorbankan seluruh kekayaannyademi agama yang diimani. Saat orang Islam ditindas, didera dan dipulaukan, beliau tetap di belakang suami, seorang Nabi.

Allah Berkirim Salam
Inilah peribadi Khadijah yang menerima salam daripada Allah SWT. Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.” (Muttafaqun alaih).
Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”

Tahun Kedukaan
Apabila dakwah Islam mencecah tahun kesepuluh dan mengalami pelbagai peristiwa besar, Rasulullah SAW mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya. Dialah Khadijah yang teguh berdiri di belakangnya selama ini. Hati bertambah pilu apabila kematian Khadijah disusuli kematian Abu Thalib yang turut banyak membantu dakwah baginda. Hingga diisytiharkan tahun itu sebagai Tahun Kedukaan.

♥ SubhanAllah, mulianya SAIDITINA KHADIJAH AL-KHUWAILID ♥

Wednesday 17 July 2013

Kisah Aku: Daerah ini bukan daerah ku...tapi hati & kehidupan ku di sini

Assalamulaikum......

alhamdulillah...dah masuk hari ke 8 kita menjalani ibadah puasa... hohohohoho tajuk hari ni macam orang putus cinta ekk??? tak dela.... sebenarnya kisah ni dapat aidea dari beberapa kali gi site visit tuk pembinaan gerbang dan batu tanda masuk ke BANDAR DI RAJA MUAR...... ada 4 tempat semuanya... dua gerbang & dua batu tanda.... nanti dah siap saya akan publish citer tu pulak yer.... hari ni Tuanku nak g melawat tapak tempat-tempat tersebut...

kenapa Muar bukan daerah ku????? saya berasal dari daerah Kluang....bukan nak kata Kluang tak best...
tapi kehidupan saya banyak di Muar....

dah 7 tahun saya di Muar.... pelbagai asam garam nyer telah saya lalui.... kata orang dah sebati kat hati... dari bujang...solo-solo.... sampaila dah anak dua..... 

Ye la..dari, Muar mula-mula saya sampai dulu kat daerah ini....yang mana terkenal bandar PENCEN..... sampaila kini dah bergelar MUAR BANDAR DIRAJA..... kan.... banyak sangat perubahan disini...

almaklum...walaupun saya duduk Kluang tapi selok belok nyer saya kurang arif.... tapi Muar... selok beloknyer...boleh dikatakan dah hafal.... sebab.....hahahahahiiii..... saya bekerja disini.... 'jaga' jalan nyer....

kalau jalan nyer tak elok kami la yang akan di 'maki' dulu.... so kami akan jalankan tanggungjawab sebaiknyer atas amanah yang diberi..... dah nama pun kerja kan..... so kami akan rasa bangga jika 'jalan' yang kami selenggara berada dalam keadaan baik & selesa...

anak-anak saya pun dilahirkan dan dibesarkan disini...... jatuh bangun kehidupan berumah tangga pun di Muar.... segala-galanya disini.... sebab tu hati & kehidupan ku disini......

start mula posting kerja pun disini..... "caci maki" nyer pun disini.... alhamdulillah..... semuanya baik-baik saja disini walaupun di daerah perantauan......  

hidup disini bermula dengan kosong hingga lah dengan apa yang ada sekarang..... ALHAMDULILLAH....

alhamdulilah juga Allah sentiasa jumpakan saya , rakan-rakan yang baik-baik & positif walaupun ada juga yang negatif tapi itu dijadikan sempadan dan tauladan....tapi alhamdulillah banyak yang saya pelajari kehidupan disini.........

Daerah ku Bukan disini.....tapi hati & kehidupan ku disini...... syukur pada Mu Ya Allah......

Tuesday 9 July 2013

Kisah Kita:Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum.... Alhamdulillah..... berjumpa lagi kita Ramadhan tahun ini.... tak sabar tuk berpuasa sok.... teringin sangat nak berpuasa kat Mekah..... hati ni melonjak-lonjak nak pergi ke Masjidil Haram...

tapi apakan daya duit tak cukup.... semalam tengok Qari kecil kat tv 3....anak-anak ni dah di bawa kesana tuk kerjakan umrah... tetiba mata ni mengalir jer air mata tengok kaabah.... Ya Allah syahdu nyer..... mudaha2an Allah panjangkan umur saya tuk sampai ke sana In sha Allah.....

Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat...sedara mara & juga pengunjung blog ini jika ada salah dan silap.... semoga puasa kita tahun ini lebih diberkati & lebih baik dari tahun-tahun yang sudah... mudah-mudahan...aminnnn... jangan lupa solat tarawikh malam ni yer.....


Monday 8 July 2013

Kisah Tempahan Kuih/Kek:Pecan Butterscotch

Assalamualaikum...... huhuhuuhuhu... ni pun projek hujung minggu lalu.... sampaikan adik ipar saya tanya tak penat ker.... semalam baru bt kek hantaran hari ni dah buat kek lain...

seronok dek non..... masyukkkkk..

many-many thank u Cikgu Mai oder dengan akak.....






muar/ledang yang berminat boleh sms/call untuk pertanyaan @ tempahan 0137632642

wassap/wechat 0182322809










Kisah Tempahan Kuih/kek:KEK HANTARAN

Assalamualaikum.... hujung minggu yang sangat bz hingga tak sempat nak attend kelas deco kek....

tempahan hantaran lagi...dengan mom in law datang..... kesian tak terlayan...

kek hantaran untuk Cikgu Kamisah...
semoga bahagia hingga syurga....
tema warna GOLD....
harap-harap berpuas hati
















muar/ledang yang berminat boleh sms/call untuk pertanyaan @ tempahan 0137632642
wassap/wechat 0182322809



Friday 5 July 2013

Kisah Tempahan Kuih/kek:KEK PECAN BUTTERSCTOCH

Salam Jumaat.... Minggu depan kita dah masuk Ramadhan kan... kek ni saya teringin sangat nak makan...dulu pernah sekali makan...tapi bila nak cari lagi kek ni kat Secret resepi dah takde pulak... 

so....googgle la resepi.... sapa lagi.. resepi blog Masam Manis la jadi tumpuan....

walaupun rupanya tak sama...tapi rasanya agak sama la dengan Secret Resepi.... tapi ni saya tukar kacang nyer.....



best sangat kek ni.....
yummmy...

Thursday 4 July 2013

Kisah Tempahan kuih/kek:kek & crepe durian

Assalamualaikum..... wahhhh dah lama tak update blog... agak kesibukkan....so, malazzzz nak update blog...

ramai kengkawan yang tanya, tak jual biskut raya ker tahun ni???? maaf bukan tak nak.... oleh kerana urusan pindah belum selesai (dapur huru hara kehkehkehkeh) maka tahun ni tiada biskut raya... ada pun sikit-sikit jer.... kek-kek masih seperti biasa.....

dan terima kasih juga customer luar dari Muar....KL & Seremban..... in sha Allah oder selepas raya tuk ke KL menanti... alhamdulillah....

Sebenarnya  banyak oder-oder yang saya tak sempat update kat blog.... kalau ada kesempatan baru la nak update...sebab gambar-gambar dalam camera...cabel camera plak selalu je tinggal kat umah..mana yang ada dalam handset tu jer la yang sempat saya upload masuk dalam blog...

so ni kek & DC untuk celebrate bakal pengantin-pengantin ni...hihihihihi moga-moga kekal hingga akhir hayat yer...

thanks sudi tempah yer...


Durian Crepe





kek span special filling strawberry
Buva makan cream sampai menjilat jari... cream special..
Cikgu kamisah kata kek span tu lain dari kek yang kat kedai....
thanks uollsssss....


Muar/tangkak/melaka/b.pahat: untuk pertanyaan atau tempahan sila cal or sms 0137632642 or wassap/wechat 0182322809