Wednesday, 13 July 2011

Nak share>>>>>>>>>>> TIPS CINTA SUAMI ISTERI

ni adalah beberapa tips yang hendak saya berkongsi bersama rakan2 semua, mungkin ada yg telah membacanya..
Tips cinta suami isteri    

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempa
t kerja asing-masing.   
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.    
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.   
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.    
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.    
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.   
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.    
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.    
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.    
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.    
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.    
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.    
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.    
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.    
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.    
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.    
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.    
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.    
* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


 kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi



Rujukan:MY Baby Store

Tuesday, 12 July 2011

Background Baru ;P

Hihihihihihihih.......padahal tengah buat Bill of Quantity (BQ)... tengah buat keje la maksudnya.....
tp still nak tengok jugak blog......wahhhhh...tengok Asheka nyer blog shantek~~~~~~~~~~~
apa lagi >>>>>>>>>>>>>> carila template free tuk blog aku yang shomotttt nih........ 
berkenan dengan background kat PYZAM template 'lady like'.....
taraaaaaaaaa............. cantik tak???!!!!....cantik tak????!!!!!................bleh la kan...... 
so baru la bersemangat nak conteng-conteng kat blog tite yang tak seberapa nih........

Friday, 8 July 2011

Meh Bersokan (muo slanga) kita!!!!!!

Kat muo skarang ni tengah bahang Karnival Sukan Agensi Kerajaan Daerah Muar 2011.......
JKR Muar pun terlibat sama la...dah kata agensi kerajaan....
so aku>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> jadi pengurus pasukan bola jaring...
tapi................................ kami, tahun ni tak hantar pasukan......
sebabnya D.O yang.....(sendiri paham-paham la) bagi tempoh seminggu jer...
orang-orang kuat yang main nett ball dah ada program masing-masing dan tak sempat nak training pun.....
so.......aku masuk la carrom jer....... aksi-aksi ahad ni akan aku update next week ok.......
tunggu kemeriahan hari ahad nie......
chaiyok2!!!!JKR MUAR!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 7 July 2011

gemuk tak kalau makan benda nih????

Semalam petang...sampai jer umah 'ayah' pun sampai....tak sempat masuk umah...

'ayah':jom kita g makan airkrim....

'ibu':apa???????? aiskrim??????? (dalam hati...aduiyaiii dah la hari ni makan jer kejenyer...ni nak mkn aiskrim plak????)boleh la......mana?


'ayah':(senyum-senyum)McD la......

'ibu':bleh jer.....(dalam hati....habisla gomok la aku nih...dah la tadi ada org dah tegur gomok......)



sampai WETEX...leh la plak 'ayah' beli egg tat plak......ayaiiiiiiiyaiii






sedapkan aiskrim n egg tat tu...........




Nak sedapkan hati......."tak gemuk kan makan benda-benda tu kalau sekali sekala"

Walker buat Chacha.....Set makeup2 buat Mea...

Hari ahad tu keluarkan la walker lama yang diperturunkan dari arwah...
walker tu dulu arwah bagi kat mea...tp mea tak nak pun guna walker tu.....
tp bila nak bagi kat adik sibuk sikakak yang nak naik... tp uzur benar dah....sampai terbolos si chacha comey tu.... hahahahaha....

menjerit-jerit la si comey tu....hahahahaha... apa lagi....
berbunyi la si 'ayah'....... " esok kita cari walker baru yer adik......"

so kelmarin pegila cari......
ada kedai permainan baru kat bandar Muo....
so masuk jer kedai tu..... 'ibu' dan 'ayah' yang teruja tengok mainan best-best dalam tu......
yelah...masa aku budak-budak dulu mana dapat mainan macam tu.....
mainan aku masa budak-budak dulu kat kebun...
cari tin kosong, kayu2...main masak-masak kat kebun.....

eh...eh...eh... tujuan sebenar nak cari walker yer 'ibu'......
si kakak dah berlari naik motor dalam kedai tu dan bunyikan-bunyikan motor tu......tak boleh kata apa dah..

Suka la chacha dapat walker baru..boleh ikut ibu kesana  sini

bila dah dapat hajat sebenar.....
cari la jugak sesuatu buat si kakak... si kakak bila di beri peluang pilih mainan.... yang dipilih anak patung...
si 'ayah' pun apa lagi... ''no..no...no...pilih mainan lain yer kakak''...
nak menyelamatkan keadaan yang akan menjadi huru hara...
hahahahahahahaha....... so 'ibu' pilihkan kakak mainan yang memang kakak suka...... apa dia????? >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> makeup-makeup la....

ini la dia set makeup tu.......menarik kan......

sampai mengigau-ngigau dia dapat set mainan tu....... anak-anak sekarangkan.....
Alhamdulillah..... aku dapat sediakan semua tu untuk anak-anak.....

Wednesday, 6 July 2011

Kisah Wanita.....








"Dan, para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya."
[AQ : AL BAQARAH : 228]

Pada ketika setiap manusia disibukkan oleh kepentingan diri mereka, dan tidak ada yang dapat dilihat kecuali tuntutan perut semata, maka wanita muslimah terpaku dalam hiba dan sedih.

Selama diketahui, wanita adalah pembentuk generasi masa depan. Wanitalah yang membentuk para pemimpin besar dari buaian bayi di rumah mereka.

Namun, bagaimana wanita dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam keadaan dirinya tidak mungkin dapat mempersiapkan sebuah keluarga yang kuat?

Wanita perlu benar-benar menjadi muslimah, ter'pandang' kerana agamanya, berpegang kepada Al Qur'an Allah swt dan Sunnah Nabi Muhammad saw.


Nabi saw berpesan kepada wanita, "Lihatlah di mana kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah Syurgamu atau Nerakamu."


Maksudnya : Suami merupakan sebab yang membolehkan wanita masuk syurga, selagi wanita menunaikan hak suami ke atas diri mereka.
Namun, dengan meremehkan hal tersebut, maka suami boleh menyebabkan wanita masuk neraka.

Rabbi yassir ya Allah.



(SUMBER:AZA ABADI)

Majlis Kesyukuran + makan-makan + + + kn pegi meeting........ rezeki melimpah ruah..

Hari ni..... My Big Bos (JD) buat majlis kesyukuran sebab selamat dah melaksanakan tugas masa Kembara MAhkota, bacaan yassin dan Tahlil serta nak menyambut Ramadhan almubarak......
suma kos makan, bos yang belanja... terima kasih banyak JD....

Bos aku ni (En. RAmli bin Osman) memang baik hati..
concern sangat kat staff dan sangat-sangat menjaga hati orang...kiranya baik hati sangat..... makan pun sedap..... makan>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> NASI BERIANI ayam + kambing.....  fuhhhhh....... tapi makan kelam kabut sebab dah lambat nak pegi Site MEETING >>>>>>>>>>>>>>
kat Bukit Kepong....

Meeting kul 10.30pagi...tapi kul 10.00 masih lagi dok kat majlis tu.... aiiiiyoh!!!! sudah lambat ini...... mata pun tercari-cari drebar (Fitri)...mula-mula nak drive sendiri...tp bila terasa macam akan lambat bergerak ke Bukit Kepong, so caling2 la En. Sidek tuk mintak kenderaan.....

Fitri: (dia panggil aku cik...perasan la plak..) Cik....nak gi mana sebenarnya nih???
Me: Bukit Kepong Fitri.....
Fitri:Pegi Site ke Cik?
Me: (dengan sengeh2 yang dah terlambat nih) Meeting la Fitri......
Fitri:Pukul brapa Cik?? (muka yang penuh tanda tanya)
Me: Kul 10.30... (masa tu dah kul 10.15am...ni penangan nasi beriani la ni buat aku lambat....) takper la Fitri, lambat skit...


Apa lagi.....si Fitri ni tak boleh disergah cakap lambat....... pecut semacam..... hehehehehehe tiba kat sana meeting baru start..... dengan muka yang bengang dah lambat...

Me: Assalamualaikum... Maaf Tuan Haji terlambat....(KPPJ a.ka. Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR Negeri Johor...sambil aku senyum-senyum kambeng duduk)
KPPJ: Ok takper...duduk.....(hari ni KPPJ baik hati....tapi jap lagi...hambik ko)

Debak-debuk, meeting habis sampai tengah hari.......fuhhhhhh mata pun mau terkatup jer masa balik tuh.......

Naik jer lunch hour....... jeng-jeng2..... ada pulut kuning ngan rendang atas meja (En. Nordin>>> driver kontrak yang bagi....sempena besday cucu dia). Tengkiu banyak....... rezeki lagi... a'lillah... 


Alhamdulillah hari ni penuh dengan rezeki........

Tuesday, 5 July 2011

jelezzzz bila tengok blog shantek2~~~~~~~

ermmmmm.....
bila tengok blog org lain cantik-cantik >>>>>>>>>>>>>>> mula la.......
dalam kepala nak buat macam-macam kat blog....
 tp............
 tak berkesempatan lagi......  
sempat bukak blog kat opis je..... 
ooooohhhhhh..
 plzzzzzz....
nak blog yang shantekkkkkkk jugak......



Suka-suki hujung minggu

Hari sabtu lepas.......lepas breakfast.... 'ayah' suh bersiap-siap..... kemana kita???!!>>>>>>>>>>>>>>>>> Melaka wonderland...
 'ayah' dah dari minggu sebelumnya dah janji dengan kakak nak bawak g mandi kat 'taman'.....
melompat-lompat keriangan la si kakak yang kering tu.... adik...... itutttt ajer!!! horey!!horey!!!horey!!
 pegi mandi plak ketika cuaca sedang memanaskan suasana...... 
berjam-jam si kakak berendam.... 
puasla hatinya yang sedang melonjak-lonjak keboringan dirumah setelah sering dimarah...hahahahahahahaha... cari pasal... memangla kena marah selalu..... si adik...keras bila masuk dalam air.....
seronok + takut + mengantuk = hepi
ibu....jadi pemerhati setia.... malas nak tukar-tukar baju bagai..... cukupla lihat anak-anak dan 'ayah' hepi bergembira kat dalam kolam tu


 gambar ni yang paling aku suka


sampai jer kat depan wonderland tu mia dh teruja....


memulakan aktivi mandi......tengok muka adik yang 'ketat'..














muka nak nangis pun ada........












cayang adik......macamni la adik........






candid la konon nyer tu......





seronok la kome2 main ayor yer......




Monday, 4 July 2011

Teringat Seseorang yang dah lama 'pergi'........

1 Julai 2009..........
'pergi' nyer tak kembali lagi...tinggalkan semua yang dikasihi.....
yang dibawa cuma bekalan amalan, sedekah jariah dan doa-doa anak yang soleh dan solehah......

perginya tanpa kami duga.... penyakitnya juga tak diketahui...
tinggalkan anak2 yang masih kecil, yang perlukan perhatian seorang ayah....

berbulan2 untuk kami lupakan sebuah kedukaan... semuanya berubah sekelip mata...
Kak Mastika yang tak bekerja terumbang ambing mengenangkan nasib macamana nak 'survive' besarkan anak-anak dengan dirinya yang tak kerja...
2,3 hari selepas arwah pegi...dada aku sakit sangat macam nak tercabut...
sedih yang teramat....

dengan bermula macam demam biasa bertukar koma........keluar darah hidup dari hidung dan pergi tidak kembali...... sedih yang amat......

 KEMATIAN... tak mengenal umur, dimana dan siapa kita.......
 anak-anak arwah terpaksa berdikari..... semuanya terpaksa berubah daripada  kebiasaan......
berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.....

semoga roh arwah HAJI ABU BAKAR BIN SUPARTI ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Al-FAtihah....