Alhamdulillah kita dah masuk 15 Syaaban 1433 hijrah......... Dan Allah masih memberikan kami sekeluarga nikmat hidup dan dapat menjalankan amal ibadah pada malam nisfu syaaban....... Banyak kelebihan pada malam nisfu syaaban.... dan malam nisfu syaaban amalan kita diangkat......
Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menghayati malam nisfu syaaban pada tahun ni... dengan solat maghrib berjemaah bersama, anak-anak turut serta walaupun kakak & adik belum faham apa itu solat, tapi kami terapkan awal.......selepas solat berzikir memuji-muji kebesaran Allah dan memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah kami lakukan..... mudahan-mudahan 'buku baru' ni kami menjadi umat Muhammad dan Hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa serta taat perintah Allah... mudahan-mudahan amin........
Membaca Yasin dan membaca doa yasin nisfu syaaban........... kami memohon doa agar kami di panjangkan umur, diluaskan rezeki yang halal dan diberkati serta mudahan-mudahan mati kami nanti tergolong orang-orang beriman......
Kita juga sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta kita juga berdoa meminta diampunkan ibubapa kita serta ibu bapa mertua (juga tak saya lupakan) dan keluarga kita........juga berpuasa sunat hari ni... (hhihihihihihi sekali dengan puasa ganti ramadhan yang lepas)....
Dan semoga buku baru ni juga, saya mohon kepada Allah agar keluarga saya lebih bahagia dan lebih dirahmati........
mohon ampun dan maaf kepada semua kaum muslimin dan muslimat sekiranya saya terkhilaf samada perbuatan ataupun perkataan...... sesungguhnya saya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan......
No comments:
Post a Comment