Thursday, 10 May 2012

BERBUDI PADA TANAH.......


hihihihihihi......ni la hobi baru tuk tahun ni.....selalu lupa jer nak citer kat sini....... dah banyak dah bercucuk tanam kat belakang rumah... yang dalam pasu pun dan banyak koleksi...... akan datang lagi banyak ler.... huwaaa.... yang paling bestnyer pokok keladi belakang umah tu dah gemokkkkk2...... macam tuan umah jugek... eh..eh...eh.... gemuk jugekk ker?????opssss maintain...... rasa tenang jer tengok pokok bunga dan pokok-pokok lain belakang umah nih....... hilang jap stress....



tengok...macam-macam ada...pokok bunga, pokok kucai, pokok lada, pokok kunyit pun tanam tau....

see..........
pokok keladi yang dah gemokkkkkk2..... pokok serai tu pun dah mula.....


Dari tak buat apa duduk rumah hujung-hujung minggu tu..... baik buat sesuatu yang boleh mengisi masa lapang.....dan...... dapat la jugak keluarkan peluh.....selain tu boleh la tuai hasilnya bila dah cukup matang nanti....

Tuesday, 8 May 2012

08.05.2012......


pada tarikh yang sama iaitu 08.05.08...empat tahun yang lepas........adalah hari paling bersejarah dan hari yang paling menggembirakan...Nur Damia Qistina Binti Ali telah pun dilahirkan....hari ni genap empat tahun anak ibu.... semoga anak ibu menjadi anak yang solehah...berjaya dunia dan akhirat....sentiasa dalam lindungan Allah....... malam sebelum besday kakak...ibu n ayah sibuk bungkus guddies tuk kakak bawak ke skol...sambut dengan kawan-kawan.... hepi sangat kakak...ibu bahagia tengok anak ibu hepi jer..... kawan-kawan pun tak sabar nak makan kek kakak.....
hihihihihihihi.......sayangnyer adik cha tak dapat join kan.....dan ibu tak sempat nak buatkan kek sendiri......

kek pra besday..... kek kecik jer..makan dengan adik

huhhhhh....huwaaaa...ni la rupa kek besday kakak mia...

bergambar bersama cikgu Kamisah dan kengkawan...

tak sabar nak tiup lilin.....

ramai-ramai nyanyikan lagu besday tuk kakak mia...

tiup lilin.....

yeayyyy!!!potong kek.....

wif ibu and ayah......

ni la guddies tuk kengkawan and teacher.....

Friday, 4 May 2012

Rezeki datang lagi........

Assalamualaikum...... ermmmmm....dah hari jumaat rupanya...semoga kita semua sihat di penghulu segala hari ni.....dan mengharapkan ke redhaan daripada Allah..... masuk-masuk opis...akak cleaner tu dah tanya "ada dah resepi APAM POLKA DOT??"..."ada kak...meh masuk bilik saya ambik..." sebenarnya akak shidah nih rajin sesangat meng oder kek coklat aku yg sesedap sesangat tuh..(ewahhhhhh......) minggu lepas dia dah oder apam polkadot tuh....kebetulan pulak member yang kat jasin pun oder 100biji apam tu untuk majlis tunang adik dia...so buatkan skali kak shidah tu......so,tak cukup katanya...dia mintak resepi..... so bagi la..harap-harap jadi la yer......masa bagi resepi tu dia ternampak resepi puding karemel aku tu.....
apa lagi...menempah sajer la keje akak nih...... farah niza plak nak kek coklat tuk bawak balik....nak buat makan-makan masa rewang kat umah dia.....gambar??????alamak......kat dalam tab la.....so...tunggu cerita seterusnya.....

Thursday, 3 May 2012

Kursus yang sangat havocsssss.....

Lama dah tak meng update blog yg dah bersawang-sawang nih.....sejak -sejak ni bz la...urus anak sekolah almaklommmmm.....so...... 
18/4/2012 -19/4/2012 tu kena gi kursus kat Bukit Timbalan....opis HQ lama..... huwaaaa.......lama betul la tak datang kesini...... opsssss lupa la plak aku nih nak bagi tau kursus apa..... KURSUS PEMANTAPAN KONTRAK JKR JOHOR........ wahhhh banyak tul yang dipinda..... banyak sangat ilmu yang kami timba selama dua hari nih....macam tak cukup jer..... sampai hari akhir tu pun masih banyak lagi persoalan yang diutarakan....... 
hidup JKR Johor... penceramah tu kata bila buat roadshow kat johor ni la paling meriah dan banyak soalan dan perkongsian minda dia dapat..........suka sangat ayat penceramah tu.... 'STAND ALONE'.....hihihihihihi dan yang paling best....'kita semua buat kerja betul-betul,tapi tak betul' hahahahahahahaha.... 
ni la kenyataannyer....apa pun setelah ilmu yang ditimba,maka yang salah telah pun diperbetulkan......


ni la kursus yang aku cakap tu.....

 antara tajuk yang terdapat  dalam kursus tu....

geng-geng barisan JKR Muar....

 sekali lagi.....

 barisan penceramah yang sangat bagusss...thumb up....

ambik kesempatan lagi....depan kepala agung...



Wednesday, 4 April 2012

kesilapan kita sebagai ibu bapa mendidik anak-anak

nak kongsi ngan korang....kadang aku pun buat gak...dan masa preggy mmg la ada baca surah-surah yang patut diamalkan tapi ada gak yang lepas pandang...jadi saya nak share kan dengan kengkawan.....




Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah* Saidul (penghulu) istighfar* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:* menakutkan anak-anak dengan sekolah* menakutkan dengan tempat gelap* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Thursday, 15 March 2012

Tempat Meluah RAsa......

Ermmmmmm......... bagi sesapa yang ada anak-anak kecil, pasti tersenyum baca entry ni...... mesti kat rumah korang pun ada tempat meluah perasaan  anak-anak korang jugak...... malam tadi nak tampal poster ABC kat dinding....biar mia familiar dengan huruf....... baru la nampak dinding tu comot yang amat-amat...biasala anak-anak ni pantang jumpa pensil....kaler....pen dsb....kalau kita tak pantau......tu la yang terjadi kat umah..... habis dinding umah ku diconteng untuk meluahkan perasaan.......tu pun salah satu anak-anak yang creatif kan.....


habis dinding umah anak-anak bertuah tu kerjakan.....terutama ketua pasukan.... Damia Qistina

ni la kad ABC yang besar dan kecil..... yang besar tu nak tampal kat dinding...


ni la anak-anak bertuah tu...... pagi-pagi semua tak nak bangun nak gi umah pengasuh....so... letak jer dalam keta......

Ibu doakan anak-anak ibu jadi anak-anak yang solehah dan berjaya hidup di dunia dan akhirat.....aminnnnnn


Wednesday, 14 March 2012

MENGAPA SUAMI BERMALASAN DI RUMAH

hihihihihihi.....apa kena mengena plak dengan tajuk kat atas nih???????....... 'ayah' adakah 'ayah' begitu???? ermmmmmm????kadang-kadang..... hikhikhik...selalunya memang rajin tolong ibu...... info yang aku nak bagi nih memang bagus sangat tuk korang baca......ni pun dapat dari blog dari http://drzubaidi.com/blog..........


so......korang baca la info tu......kelakar pun ada....tapi tula kenyataannyer.....
v
v
v
v
v

Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. 


Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.


Homone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga,


Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalamkamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah. 


Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.


Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.


Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu. 


Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.


Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna. 


Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.


Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.

”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”

Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.



Bagaimana isteri boleh membantu suami? 


Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya. 


”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”


Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nadayang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentudia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya.


Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah. 

Allah saja yang lebih tahu..

Dah nama pun anak dara kan........

Cuti sekolah ni... banyak betul komen anak dara tu......dia tak nak gi rumah pengasuh pagi-pagi....katanya cikgu suruh pergi skol.....alahai anak dara ku....... keje sekolah cikgu bagi memang cukup untuk seminggu cuti nih.... ayah la jadi mangsa tiap-tiap malam tuk teach mia....yelah dah waktu skol ibu puas dah jadi teacher mia...hihihihi... tiap-tiap malam kena buat kerja skol....... tapi malam tadi.....kelakar pun ada.... dia kumpul semua mainan makeup2 dia......hahahahaha lepas tu dia susun..... dan.......
V
V
V
V
V
v
v
cantik jer dia susun....lepas tu dia berangan makeup2....... anak dara kan.... ibu dia pun tak ada barang-barang makeup...anak dia giler kentang kalau pasal makeup.......

Monday, 12 March 2012

Coti Sekolah.......

Cuti sekolah selama seminggu dah pun bermula.....so maknanya minggu ni ibu tak la terkejar-kejar nak ambik mia balik sekolah.... tapi mia buat muka boring masa hantar pengasuh pagi tadi......hahahahahahaha...... tapi dah pesan jangan nakal-nakal kat umah mak.....entah apa la yang dibuatnyer kat rumah pengasuh hari ni..... 

Wednesday, 8 February 2012

Cuti Raya Cina Yang Panjang......

Assalamualaikum......dah lama sangat tak update post kat blog..... malas sangat tangan ni nak menaip...... banyak sangat cerita yang nak di publish sebenarnya..... walaupun cuti raya Cina nak lama berlalu...tapi nak juga share ngan kengkawan...... memang dah rancang awal untuk cuti lama..... 'ayah' ambil cuti seminggu tuk raya cina.....so perancangan nak gi jenjalan bawak anak-anak....sebab lepas ni mia dah gi skol.....hihihihihi... awal-awal cuti balik my kampung...... sebab nak ambil mak bawak gi Putrajaya...... lepas tu gerak balik ke Sawah Sempadan..... kat kampung sawah ni banyak la aktiviti di luar kawalan kami.... hahahahaha seronok la anak-anak...... dari buat kek.... hingga la.....mandi air palong, gi main bowling.....kat sawah tengah musim tanam