Monday, 30 July 2012

Kisah Puasa: Iftar di kg tapi masak ala-ala kat hotel

Alhamdulillah dapat kita bertemu & menunaikan ibadah puasa yang ke 10 hari ni...... hujung minggu tu berbuka kat kampung saya.... seronok sangat... yela buka beramai-ramai... adik-adik & kakak semua ada... terhibur juga la mak & bapak... bila berbuka kat kampung, dalam kepala macam-macam yang nak dimasak... mampukah?????hahahahaha... tu belum request lagi dari si buah hati..... mujurla anak-anak belum pandai request macam-macam..... dah beberapa hari tak memasak, demam sampai tak boleh bangun makan pun takde selera...sampai turun 2kg berat badan.... ini la masanya membalas dendam tuk memasak....


Berbuka sabtu tu ada dua menu utama yang dimasak... menu pertama 'mee rebus' atau kalau kat tempat buah hati saya lebih dikenali sebagai 'mee jawa'... mak request untuk di hantar ke masjid untuk moreh... boleh saja mak... apa-apa untuk mak semuanya boleh dan yang paling laris masa buka puasa sabtu tu......... 
Ikan jenahak masak steam nyonya.... ni memang feberet my buah hati.... saya & mak bapak juga...... huwaaaa.. sangat la sedapnya.... licin hingga tiada yang tinggal... semua tanya macamana cara nak masak.... senang jer..... huiiiii banyaknya masak tuk buka ni kan..... saya ada pembantu tetap masa memasak ni.... hihihihi sapa lagi... my buah hati la... 


ok kita bagi share dulu resepi 'mee rebus/mee jawa'.... saya dapat resepi ni dari blog 'dapurmas'... boleh yer Mas saya share kan resepi yang sedap itu...


Mee rebus/Mee jawa


sumber:mas duniaku


Bahan:
1kg mee kuning - dicelur
1/2kg daging - direbus lembut & dipotong nipis
300gm tauge - celur
2 tangkai daun bawang - hiris halus
5 biji cili merah - (hijau pun boleh) dihiris
3 keping tauhu goreng - dihiris halus
3 biji telur rebus - dibelah
3 biji limau nipis - dibelah (saya guna limau kasturi je)
sedikit  bawang goreng


Bahan Kuah:
1/2kg keledek - rebus & kisar
3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang besar - kisar
3 batang serai - kisar
sedikit halia - kisar
sedikit lengkuas - kisar
100gm udang kering - kisar
2 sudu besar cili kisar -(saya tak letak, mak saya tak makan pedas)
3 sudu besar serbuk kari daging
air rebusan daging
garam & gula secukup rasa - tambah 1 ketul kiub ayam


Cara Memasak Kuah
1) Panaskan minyak masak dalam periuk, 
   tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili 
   kisar hingga garing dan pecah minyak.
2) Masukkan keledek yang telah dikisar halus, 
   tambahkan air rebusan daging mengikut 
   kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali 
   masukkan garam & gula secukup rasa,juga 
   kiub ayam. Biarkan kuah hingga mendidih.
3) Masukkan mee kedalam mangkuk dan bahan 
   sampingan yang lain dan kemudian tuang kuah 
   mee tadi.
4) Sedia dinikmati...... memang sedap....


ni la mee rebus yang siap nak dihidang..... 
sori gambar ni dah di rotate pun tetap jd macam ni..






ni yang dah siap packing tuk hantar ke masjid 




Resepi seterusnya bagi menu yang memang sangat sedap itu..... mari kita lihat...... hihihihihihi.. ada beberapa resepi steam nyonya yang saya telah cuba..tapi resepi ni yang paling sedap dan mudah...... tak caya??? cuba sendiri... saya dapat resepi ni dari sky blue kitchen....ok Diana saya share yer resepi awak yang saya dah cuba ni..... amatla sedap..


Ikan Steam Nyonya


Resepi dari - Truly Nyonya Malacca
Sumber - sky blue kitchen


Bahan:
1 ekor jenahak (terpulang pada citarasa anda nak guna ikan apa)
2 biji tomato - tak letak lupa nak beli
5 biji kacang bendi - tak letak lupa nak beli
4 keping hirisan halia
garam & gula secukupnya
1 tsp pati ikan bilis
3 tbsp minyak masak untuk menumis
2 cawan air (secukupnya)


Bahan Kisar
10 biji cili merah (saya cuma guna 3,4 biji saja, terpulang)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2@3 keping asam keping
2 batang serai
1 batang bunga kantan (tak jumpa bunga kantan, saya ganti dengan daun ketumbar)


Cara Memasak
1. Bersihkan ikan & toskan. Lumur ikan bersama 
   garam, perap dalam 10 minit.
2. Letakkan kepingan halia di bawah ikan & 
   kukus selama 5 minit atau sehingga ikan 
   masak.Buang lebihan air dari ikan tadi,  
   ketepikan.
3. Masukkan minyak masak 3 tbsp atau 
   secukupnya di dalam kuali,tumis bahan kisar 
   hingga terbit aroma.
4. Masukkan air dan gaul
5. Masukkan gula,garam serta pati ikan bilis & 
   bendi. Masak seketika.
6. Masukkan tomato dan biarkan masak.
7. Angkat & tuangkan dia atas ikan kukus tadi.
8. Hias & hidang....


 ni dia ikan steam nyonya saya........


resepi iftar hari ahad akan bersambung pada entry seterusnya...... gembira bila semua family dapat menikmati hidangan yang agak pelik tapi sedap...... tq to my buah hati sebab banyak tolong kat dapur..... kalau tak pengsan la kat dapur sorang-sorang nak buat semua benda....... alhamdulillah selesai puasa hari tu....











Wednesday, 25 July 2012

Kisah Berbudi Pada tanah:Taman bunga terkini

hihihihihihi hai kengkawan......saja nak update kebun bunga yang kat belakang umah dan tanaman yang lain...... huwaaaaa..... dah ada orkid ni.....lagi la hari-hari sebelum dan selepas balik keje mesti belek-belek orkid... wahhhhh dah tumbuh daun-daun baru la orkid tu..... yipppppppiiii.... bila nak berbunga orkid nih?????? nak cam bunga orkid mak yang kat kg tu....... tapi mana bleh lawan pokok-pokok bunga mak......


masa ambik gambo nih blum suma yang berbunga....
(pokok orked mak kat kg)


yang dah berbunga  pun ada...


hihihihihi.... pokok orked saya.... ni dah mula tumbuh daun-daun baru....
tak sabar nak tunggu dia berbunga.....
yang pokok cactus tu, cikgu Kamisah (cikgu sekolah mia) bagi sebab kami tak dapat join
gi Cameron Highland... ada sukan JKR


ni la taman bunga belakang umah......
tapi nak ubah ke depan umah sebab nak raya,
my SIL menjerit bila tgk pic nih..... 
suruh dia buat taman bunga gak kat umah dia.. 
nak tanamkan satu pasu, bunga yang senang jaga... balik raya ni nak bagi kat dia...



cer teka.....cer teka... pokok apakah ini??????
huh????apa???? pokok kunyit??? yeahhhh betul.......
so lps nih dah tak payah beli kunyit or daun kunyit lagi......



ehem....ehem..... ni pokok apa plak???
huhhhh...belah kiri tu pokok kucai...... 
gambar yang dulu cenonet lagi..
ni dah gemok-gemok..
yang sebelah dia????? pandai..... 
pokok cekur.... 
tak payah dah sibuk nak cari lagi lepas nih kat pasar kalau nak masak...
pokok lengkuas dah tanam..... tapi lupa nak snap.....


berkebun ni sangat seronok.....kalau tak caya cubalah...bila dah dapat hasilnya....... senyum sampai ketelinga..... ni salah satu aktiviti yang saya paling suka....... selain masak...... 


Tuesday, 24 July 2012

Kisah Ayah: Hepi Besday Buat Buah Hati (50 motivasi untuk mu)

Alhamdulillah...hari ni dah masuk Ramadhan yang ke4.... semoga puasa kita hari ini lebih baik dari semalam mudahan-mudahan kan.. Semalam 23/07/2012 besday my buah hati..... hepy besday 'ayah'....... semoga ayah sentiasa sihat, sentiasa dirahmati & dilindungi Allah, sentiasa kuat & sabar menghadapi apa jua cabaran yang mendatang sebagai pekerja, suami dan ayah pada anak-anak kita.......


maaf.... semalam kita tak dapat celebrate... puasa kan... lagi pun 'ibu' tak berapa sihat.... demam lagi....... tapi dapat juga potong kek yang 'ibu' buat masa kat kampung hari tu kan..... sebab tau mesti tak sempat celebrate..... masa buat kek tu pun dah mula demam... oleh kerana dek permintaan adik-adik, maka di gagahkan juga.......


hihihihihi tapi hadiah, 'ayah' dah dapatkan masa anniversary hari tu hahahahahahaha....... nak hadiah jugak??????? tunggu gaji.... ni duit dah nipis.... for u my dear "for u see, each day i love u more, today than yesterday & less then tomorrow"... ewahhhh jiwang jap... betul ker grammar tu... hantam saja la..... yang penting 'ayah' faham apa yang ibu maksudkan......


gambar ni masa sambut besday ibu.......
 patutnya gambar besday ayah kan.....
kami suma sayang ayah..






ayah..... ni untuk ayah yer...... tidak bermaksud apa-apa...cuma nak ayah jadi yang terbaik untuk kami & pendorong ayah.....



50 Motivasi Untuk Suamiku

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.(hormat saja ok pada yang sepatutnya...bukan lebih-lebih like long time ago) 
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Sumber : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

Friday, 20 July 2012

Kisah Benar: Dari Tanah Kita DiJadikan, Kepada Tanah Jua Di Kembalikan

Ramadhan telah menghampiri kita...... alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat untuk bertemu Ramadhan kali ini... Insyaallah mudahan-mudahan...... tapi ada juga yang tidak dapat bertemu...... itu sudah ketentuan yang Allah tetapkan....... kisah sedih berulang kembali dalam keluarga saya.... salah seorang abang saya telah dijemput Allah pada 17/07/2012 selasa bersamaan 27 syaban 1433hijrah...... Allahuakbar..... hati tua mak & bapak diuji lagi......... begitu tabah hati mak & bapak menghadapi dugaan ini.... hanya Allah saja yang tahu kenapa dan hikmah suma ni berlaku.....


Isnin malam selasa tu, dah tengah malam pun, kami dapat panggilan dari adik kat Putrajaya, maklumkan abang kemalangan, dalam kritikal, tapi isteri, anak & baby dalam kandungan telah kembali kerahmatullah...  termenung sekejap, panik tak tau apa nak cakap....... rasanya baru hujung minggu tu balik kampung dan bertanyakan perihal dia & family kat mak...... maut tu kita tak tau....semalam kita masih sihat.... tapi hari ni kita tak tau...... sangat trajis mereka sekeluarga 'pergi'.......


Bergegas pulang, kebetulan bila kami sampai di hospital Kluang, ambulan yang nak bergerak  dari hospital Kluang ke Hospital Sultanah Aminah baru nak bergerak, jadi saya sempat bertemu arwah dalam ambulan, tapi amat parah...tak sanggup rasanya melihat keadaan dia sebegitu.... sempat mencium dia...dalam hati, mungkin ini buat kali terakhir ketika hayatnya dan membisikkan kalimah suci...tapi dia memang dalam keadaan nazak..... sebab sebelum ni pun saya & family yang menguruskan seorang lagi abang yang dalam nazak..... arwah dalam keadaan 50-50 semasa di bawa ke HSA.... oleh kerana ambulan penuh, salah seorang waris tak dapat mengiring...... saya lihat mak & bapak sangat tabah..... mak, saya lihat redha...... maka kami yang membawa mak & bapak menyusul ke HSA...... dalam perjalanan, saya sempat sedekahkan yasin buat dirinya...... sebelum kami bertolak ke HSA, sempat kami bertemu keluarga yang menuntut jenazah arwah isteri & anak abang...... kami dimaklumkan, sangat menyayat hati keadaan jenazah isteri & anaknya... mudahan-mudahan mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....... tetapi Allah lebih menyayangi abang saya.... dia dia sahkan meninggal semasa dalam perjalanan ke HSA......




gambar hiasan.... gambar sebenar tak ambik....
dan bersediakah kita??????


Mati itu pasti.... tapi bila, dimana & bagaimana hanya Allah saja yang tahu.... kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa........ dari tanah kita dijadikan & kepada tanah jua kita dikembalikan...... sepanjang hari semasa menunggu jenazah di HSA, cuaca juga sangat redup, seperti juga bersedih...... selepas jenazah dibedah siasat & hendak dimandikan, sewaktu itulah mak menangis...... sedih & sayu hati lihat mak menangis..... mak dan bapak dapat mengiring jenazah dalam van jenazah & kakak saya inform kat saya mak hampir pengsan masa keluar dari van jenazah, betapa sedihnya hati tua itu........ saya & family lambat tiba dirumah sebab singgah sekejap R&R..... alhamdulillah semuanya berjalan lancar........

Saya dapat mencium arwah abang buat kali terakhir sebelum arwah dimasukkan dalam liang lahat..... Allahuakbar.... hanya Allah saja yang dapat tahu apa perasaan saya ketika itu.... bapak memang tabah.... sedikit pun dia tidak mengeluarkan air mata semasa jenazah dimasukkan keliang lahat.... saya...... sepanjang talkin dibaca, air mata ni tak nak berhenti keluar..... terngiang-ngiang saat saya mencium arwah ketika di dalam ambulan dan ketika saat nak masuk liang lahat.........  moga-moga SAIPUDIN BIN SUPARTI di ampunkan dosa-dosanya dan tergolong dalam golongan orang beriman... Dan rezeki arwah juga, kuburnya bersebelahan kubur abang saya yang seorang lagi.......

Terima kasih buat adik beradik yang lain, sepupu-sepupu, orang kampung yang banyak membantu kami mengurus jenazah di kampung..... tanpa kalian pengurusan jenazah arwah tak kan selancar ini.... dan terima kasih juga doa-doa dari kalian... terima kasih juga kepada saudara mara jauh & dekat yang datang melawat...


Alfatihah buat arwah sekeluarga......

Friday, 13 July 2012

Kisah Makan/Masak: Muffin coklat pandan

wahhhhh... hari ni nak citer pasal muffin....... sebenarnya agak lama juga la tak membuat muffin ni..... resepi muffin yang saya dah buat ni ala-ala kat kennys rogers... sangat sedap dan lembut walaupun dah sejuk... resepi asal saya dah lupa dari sapa, tapi mana lagi "kongsi resepi" la..... tapi saya dah ubah suai jadi resepi saya sendiri..... 

pagi-pagi saya dah dapat sms dari kenalan lama yang selalu berkongsi resepi di FB dulu......tapi sekarang ni saya sudah tidak ber Fb.... lama dah kami tak berkongsi resepi...... dulu saya selalu share gambar kuih-kuih dan masakan dengan rakan saya ni.... mula-mula dia kurang berminat, tapi bila lihat saya selalu post gambar-gambar kuih yang saya masak, membuatkan dia teruja nak mencuba.... 

dia (Liza) sms saya bertanyakan kenapa hasil muffin nya kurang memuaskan..... dia panggil saya 'sifu'...hahahahaha... lawak la ko ni Liza..... aku belum ke tahap sifu.... setakat nak membantu rakan-rakan dan berkongsi dengan ilmu yang sedikit tu boleh la...... siap minta resepi biskut chip coklat yang mabeles tu sekali........ 

muffin ni juga pernah ditempah oleh rakan setugas saya yang berada di Pontian..... dia kata, selalu makan muffin ada bau telur..... kenapa kali ni saya buat takde bau telur.... kalau kita masak dengan hati yang ikhlas, insyaallah... sedap dimakan........ buah hati saya pun suka... saya dah banyak kali mencuba resepi muffin, tapi banyak yang kurang menjadi... tapi resepi yang ni, buah hati saya, sampai request minta saya buat lagi untuknya..... sedap la tu kan..... resepi asal adalah perasa vanilla, tapi request from my buah hati nak perasa pandan...




Muffin Pandan



Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )


8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen/ pandan 


Cara-cara

1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.

2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.(kalau nak letk inti,    
  masukkan 1/2 kedalam bekas muffin, kemudian letak inti dan 
  tutup dengan adunan muffin tadi)
3.Bakar selama 20minit/180C.






taraaaa..ni la dia muffin pandan saya...
Liza,adakah anda punya seperti ini????....... 
seperti yang kita bincangkan yer cara untuk membuatnya... 
sila cuba lagi..... jangan putus asa..



sangat la sedap.....






Kisah Sukan:Bila Pink Panther Jadi Bualan

apa la citer kali ni.... kejap sukan...kejap pink panther....... yihahhhhh..... ni nak citer pasal Karnival Sukan JKR Johor....... almaklum orang JKR kan...... sori, lambat.... baru nak buat entry ni....sebenarnya karnival ni dah berlangsung dari 6 Julai 2012 hingga 8 Julai 2012.... tapi dapat join sampai hari sabtu jer sebab ada kenduri arwah kat rumah makcik.... macam tak patut pulak kan tak pegi...... so dari hari jumaat kami semua yang terlibat dengan karnival sukan tu dah bergerak ke Johor... kali ni JKR Johor Bahru menjadi tuan rumah...... yang menariknya, daerah kami terkena kaler pink.... huwaaaaaa.... 
macam kumpulan Jambu maharaja lawak plak kan.. oleh kerana kami kena kaler pink, maka pink panther la selayaknya menjadi maskot kami.......

nampak tak bendera maskot kami.....

eceh-eceh....ambik gambar ngan pink panther hensem....

nak jadi nakal sekejap..... boring tunggu perbarisan lama sangat

kesian pakcik-pakcik ni tunggu lama tengah panas.....

kontinjen kami paling havockkkkksssss....
pink kaler!!!!
masa masuk ke perbarisan VVIP suma lambai kami....

VVIP


Perasmian oleh Pengarah JKR Johor

Pengarah kami 
Ir Dato' Hj Abu Bakar Bin Ahmad..... 
turun bertemu semua kontijen 

kami........ Pink Panther

ping pong kami....


wakil bola sepak.... 
ni masa separuh akhir... 
muar menang...

alololololo....jangan jeles...
 ni masa kami di venue bola sepak, kebetulan si Fahrin ni ada....

kak ita....semangat2x!!!!


adik-adik pinky jangan memain ok!!!


alahai...... 
apa dah jadi dengan korang ni!!!!!! huwahahahahaha....
kalah last minute!!!

Liza & Farah...u ols memang power!!!!

team bowling..... takper kak ja...
dua tahun lagi kita cuba lagi ok..


cantik tak????

ada macam student tak????? 
wakakakakakaka



terpaksa balik petang sabtu tu coz malam tu ada kenduri arwah kat rumah makcik...... makanya tak dapat join sampai habis..... takper next lagi dua tahun akan buat kat Kat Kota tinggi.... masa tu nanti nak bawak family la kalau ada rezeki..... walaupun tak banyak yang kami menang, yang penting adalah semangat kesukanan dan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kami dari jkr daerah lain.



Wednesday, 11 July 2012

Kisah Makan/Masak:bila marble cheese kek bertukar rupa dan spageti menjadi breakfast

Ermmmmmm makan lagi kan......... 
citer pasal kek ni...alahai, lama nyer tak meng kek...sejak dapur huru hara kena renovate hari tu, dan oleh kerana semua barang kena sumbat kat dapur maka lama la dah tak menggodak kek...... kek ni buat sebelum rumah huru hara..... mula-mula nak buat marble cheese kek...... tapi bila tengok dalam laci dapur bekas muffin tu ada lagi... maka kek marble bertukar jadi kek cawan....... kek ni sedap sangat.... ada rasa coklat & cheese..... 
ala-ala comot...tapi rasa memang best....... sambil-sambil tu ber spageti kita..... 
dah teringin nak makan...... petang tu, bahan pun dah cari..... bukan susah pun kan...... dalam satu masa buat dua masakan..... ambik!!!huru hara la sekejap..... dengan puteri-puteri yang sibuk nak membantu........


ni la kek tu...... 
si buah hati cakap sedap..... 
anak-anak pun suka..
bawak gi opis pun kengkawan cakap sedap 
& habis.....

ni spageti cabonara untuk anak-anak..... 
anak-anak kalau makanan yang macam mee 
memang laju jer... 
lagi-lagi kalau banyak udang.....
 memang langsung la nasi tak 
dipandang nyer...

yang ni untuk kami untuk makan malam... 
letak daging kisar 
cendawan butang banyak-banyak.
sedap kan...

ada lebih....
pagi tu jadila breakfast untuk kami 
sebelum pergi kerja
&
si buah hati tapau gi kerja....

juga tapau kek..... 
kengkawan sibuah hati kata sedap...
ada yang nak oder gak..... 
silakan........



masak dengan ikhlas dan gembira akan menjadikan masakan kita lebih sedap....... masak dengan penuh kasih sayang............

Tuesday, 10 July 2012

Kisah masak /makan: Nasi Lemak kukus....

semalam puasa.....teringat la sotong yang ada dalam peti sejuk....ermmmmm sedapnya kalau buat sambal sotong kan....... so nak masak untuk buka sudah semestinya tak sempat........ makanya malam lepas berbuka tu, barulah siap sedia untuk memasak....... dah alang-alang sambal sotong di kuali..... request from my buah hati nak nasi lemak kukus...... minta si buah hati ambik daun pisang & daun pandan depan rumah...... selalunya buat nasi lemak biasa tu.... tapi ni percubaan pertama nasi lemak kukus..... kalau pulut kukus tu biasa la buat..... sama jer cara dia nak buat nasi lemak kukus ni...... cuma kena sabar sikit... sebab nasi lemak kkukus ni memakan masa sedikit nak masak...tapi berbaloi...
sangat la sedap...........lagi-lagi semasa mengukus tu dialas daun pisang & letak pula daun pandan.... makan memang bertambah......

nasi lemak kukus........
si buah hati breakfast sebelum pergi kerja..
minum plak air indocafe panas..
memang berasap......


si buah hati request nak tapau gi opis..



tapaukan juga bubur jagung+sagu+kismis..
 sangat la sedap


hihihihihihih...membalas dendam sebab tak dapat masak-masak minggu lepas....... so dapat makan dengan senang hati & puas hati.....