Wednesday 19 April 2017

Bersalin NORMAL atau CZER

Assalamualaikum...

lamanye tak menjengah blog.. konon-konon masa cuti berpantang nak aktif ber blog..rupa-rupanya tak kesampaian... hihihi...

alhamdulillah saya dan baby sihat... dah kerja pun.. dah normal macam biasa walaupun banyak sangat perubahan selepas czer tu.. pengalaman yang cukup berharga sebagai seorang ibu...

mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa czer? kenapa tak normal? sapalah saya untuk menolak ketentuan Allah... kalau boleh memang la nak normal kan... sebenarnya baby songsang breech dan tali pusat tu melilit kat leher dia... sebelum tau tali pusat lilit kat leher tu, doktor beri 3 option untuk bersalin:
pertama doktor akan pusingkan baby,
kedua bersalin secara songsang dan
ketiga czer la..

selepas jumpa pakar tu baby songsang breech dan leher dia lilit pulak tali pusat... so doktor ambil keputusan untuk czer je... so hari tu jugak kena jumpa pakar bius. pakar bius akan terangkan prosedur dan kebaikan serta keburukan bius . so redha je la walaupun dalam hati masih berharap boleh bersalin normal. malam tu tak boleh tido bila memikirkan nak kena czer...kihkihkihkih...

sebenarnya bila dapat tau baby songsang tu macam-macam cara dah buat.. google la camne nak buat kan... siap urut..masa urut tu pun mak bidan kata baby tak mau pusing.. bila jumpa pakar so dah tau la kenapa baby tak nak pusing..sebab leher dia lilit tali pusat...

kalau nak czer, korang kena bersedia fizikal dan mental.. iye kedua-duanya sekali... berbeza betul dengan bersalin normal... orang yang dah melaluinya je la yang akan faham.

so, hari yang di tunggu pun tiba untuk serah diri...kehkehkeh... terima kasih kat adik ipar sebab tolong kakak mu ini jaga mia n icha...

Jumaat 11/11/2016 kena serah diri kat Hospital Pakar Muar.. huhuhuhuhu.... 12/11/2016 cantik gak tarikh tu... nak kena operation... so pagi lebih kurang 6 pagi doktor pakar datang inform akan operate kul 10.00 pagi dan saya orang ke tiga..  doktor pakar tanya ada apa2 masalah.. saya maklum kat doktor yang saya dah sakit nak bersalin...what???? nak deliver??? doktor check memang betul dah nak bersalin...tapi almaklum tak boleh nak bersalin normal.. jadinya terpaksa potong que...di percepatkan masa operation... dah tak boleh tahan weii... sebab saya ni jenis cepat bersalin.. hahahaha sebenarnya tahan sakit tu dah dari kul 3.00 pagi.. masa nurse tolak masuk bilik OT contruction tu dan 5 minit sekali... berzikir je la mulut ni... semoga Allah permudahkan...

alhamdulillah hampir sejam keluarlah umat muhammad... kami berikan nama AMMAR AL GHIFARI BIN ALI...

after czer...korang tak boleh bangun selama 6jam.. baring tanpa bantal.. so masa ni la korang tido rehat.. baby, nurse akan jaga masa tu... after 6 hours kita cuma boleh bangun dari pembaringan.. belum boleh dibenarkan bangun berjalan..dh buka tiub kencing tu barulah kena bangun berjalan.. u must!!! kena jalan...baru tak sakit..baru tempat czer tu kurang sakit... tapi kena cara dia.. sangga perut tu.. tiap kali menapak tarik nafas.. baru kurang rasa sakit..tu antara tips nye.. baring tu kena belajar-belajar mengiring...mengiring akan mengurangkan rasa sakit dan cepatkan pulih..

4 hari 3 malam kat wad... kita balik la... sesi berpantang bermula...berpantang kali ni memang berbeza...



hari menyerah diri tu kita dapat hadiah ni.....



comellll je dia masa keluar...
Allahurabbi macam tak caya dah ada baby lagi
selepas enam tahun...
Allah bagi lelaki...





AMMAR AL GHIFARI
comel sangat masa kuar tu hari..
tapi kalau menangis satu wad tu suara dia..
doktor & nurse kenal dah siapa yang menangis...


saya akan beri tip2 kalau bersalin czer dan berpantang yer yang mana saya dah lalui sendiri.. next nanti kita sambung cerita okeyh...

No comments: