Wednesday 6 July 2011

Kisah Wanita.....








"Dan, para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya."
[AQ : AL BAQARAH : 228]

Pada ketika setiap manusia disibukkan oleh kepentingan diri mereka, dan tidak ada yang dapat dilihat kecuali tuntutan perut semata, maka wanita muslimah terpaku dalam hiba dan sedih.

Selama diketahui, wanita adalah pembentuk generasi masa depan. Wanitalah yang membentuk para pemimpin besar dari buaian bayi di rumah mereka.

Namun, bagaimana wanita dapat memainkan peranan sebaik mungkin dalam keadaan dirinya tidak mungkin dapat mempersiapkan sebuah keluarga yang kuat?

Wanita perlu benar-benar menjadi muslimah, ter'pandang' kerana agamanya, berpegang kepada Al Qur'an Allah swt dan Sunnah Nabi Muhammad saw.


Nabi saw berpesan kepada wanita, "Lihatlah di mana kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah Syurgamu atau Nerakamu."


Maksudnya : Suami merupakan sebab yang membolehkan wanita masuk syurga, selagi wanita menunaikan hak suami ke atas diri mereka.
Namun, dengan meremehkan hal tersebut, maka suami boleh menyebabkan wanita masuk neraka.

Rabbi yassir ya Allah.



(SUMBER:AZA ABADI)

No comments: