Friday 7 December 2012

Kisah kami:Di penghujung 2012

Alhamdulillah.....kita dah nak sampai penghujung tahun 2012 tapi kita diawal tahun 1434hijrah..... duduk termenung jap mengimbau kembali apa jua yang berlaku awal tahun ini yang banyak menguji kesabaran fizikal, mental, jiwa raga dll lagi la.... apa pun sabar ada pengubatnya.... memang mudah untuk di sebut...tapi untuk dipraktikkan adalah amat sukar.... 

"Jangan terlalu mengingati perkara yang menyakitkan hati. Nanti kamu bertambah sakit hati. 

Tidak mengapa andai dilukai, sekurang-kurangnya ia mengajar anda erti hidup. Tidak mengapa andai tidak dihargai, sekurang-kurangnya ia mengajar anda apa itu kasih sayang. Tidak mengapa andai tidak memiliki, ia menyedarkan anda bahawa masih ada perkara hebat menanti. - (by TFTK)"

Betul kan.... kalau kita sabar..pasti ganjaran yang setimpal dengannya akan kita perolehi.... hari-hari saya berdoa agar saya sentiasa mendapat keberkatan oleh Allah hidup di dunia dan akhirat...... dapat rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah... agar suami saya terus dapat menjadi 'imam' dalam hidup saya dan anak-anak......

di hujung-hujung tahun ni juga banyak sangat khabar-khabar gembira yang saya perolehi.... Allahuakbar.... Alhamdulillah... sujud syukur pada Mu Ya Allah..... ni la berkatnya bila hati terus bersabar walaupun hakikatnya seperti tak dapat bersabar........ hasad dengki banyak yang mengelilingi kehidupan saya membuatkan saya hampir-hampir berputus asa......

"jangan berhenti ber SABAR, kerana akan ada keindahan disebalik itu semua"....... tapi untuk menghadapi semua dugaan itu.... boleh ker nyah????!!!!!!

dan tetiba rezeki yang datang tidak terduga juga membuatkan saya berfikir, ini adalah dugaan rezeki yang Allah berikan pada saya...harap-harap saya tidak dibuai hanyut dengan rezeki yang melimpah ruah ini.... tetiba saya dapat menjual dengan begitu banyak sekali DURIAN CREPE.... sampai tak tido malam dibuatnya.... moga-moga tidak terabai kerja hakiki saya.... alhamdulillah mereka kata sedap durian crepe saya.... sesiapa yang berminat, oder masih dibuka.... cewahhhhhh sempat lagi promote eaaa kau lily..... hahahahahaha... sapa yang tak nak kalau sehari boleh terjual sampai RM100.00??????? Terima kasih Ya Allah..... dan membuatkan saya lupa akan kesedihan dan kesusahan yang telah saya lalui..... 

Tahun ni juga ramai kenalan-kenalan baru yang saya temui..... mereka semua membuatkan saya bersemangat semula untuk terus menghadapi apa jua yang mendatang, kerana ada diantara mereka yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan kehidupan saya, tapi mereka terus bersemangat untuk melalui liku-liku kehidupan... saya bersyukur dapat mengenali anda semua.... harap-harap persahabatan kita akan terus kekal dan kita terus saling membantu..... saya kehilangan sorang kawan yang tak berguna tapi Allah datangkan saya lebih dari itu sahabat-sahabat yang sangat baik hati........ saya tak terkilan langsung kehilangan awak wahai hamba Allah yang hatinya sering ada titik-titik hitam.....

"Sekiranya ada yang memburuk-burukkan kamu, maka berdiamlah diri.. usah melenting kerana dia akan mendapat balasan dari ALLAH & apa yang dikatakannya itu boleh mengundang fitnah, maka ia adalah BERDOSA BESAR.. Biar buruk di mata manusia tetapi jangan buruk di sisi ALLAH TA'ALA ~" saya tak tahu kenapa awak sangat tidak berpuas hati dengan saya???? awak telah mohon maaf tapi dibelakang????? dan ada seorang hamba Allah tu, saya tidak pernah pun ambil tahu pasal kehidupan kamu,kenapa kamu menjadi pembakar api neraka kedalam hatinya?????? sekiranya kamu cemburu dengan kehidupan saya dan persahabatan saya, sepatutnya kamu cuba untuk menjadi lebih baik dari saya.... akhirnya kamu yang malu sendiri bila berjumpa saya..... sedangkan saya tiada apa-apa pun perasaan benci, marah atau sebaliknya terhadap kamu..... moga-moga Allah ampunkan dosa kita semua... Aminnnnn.....

berita kegembiraan juga saya dan my buah hati saya kongsikan hujung tahun ini adalah apa yang kami cita-citakan akhirnya Allah makbulkan...... ermmmmmm senyum-senyum sendiri saya.... RUMAH KU SYURGA KU...... akhirnya kami miliki rumah sendiri... bila masuk rumah baru?????hihihihihi....akan tiba masanya nanti bila sumanya telah selesai, kami akan masuk rumah baru....walaupun rumah kami tu tak sebesar mana tapi dah rumah sendiri...dan itu la yang kami mampu milik.....
Allah maha adil lagi bijaksana... Dia amat mengetahui apabila kadang kala Dia tidak memberi apa yang kita minta... sebab Dia akan beri kita yang lebih baik......


No comments: