Tuesday 23 April 2013

Kisah MAkan:Kek Oren

Assalamualaikum.... lama tak update blog...... nak masukkan gambar-gambar tempahan dari pelanggan pun  agak malassssss...... 

kita mulakan dengan makan dulu.... baru la bestttttt.......... minggu lepas sorang customer ni mintak buatkan kek oren untuk besday hubby dia jumaat ni.... tapi dah lupa mana letak resepi kek oren yang best tu...

cari nyer cari, jumpa...... so kitaorang pun dah lama tak makan kek oren so buat la..... memang best kek oren ni..... sangat yummy n lembutttt jer...... saya dapat resepi ni dari KONGSI RESEPI......sekejapan jer habis lagi-lagi baru kuar dari oven..huhuhuhuhuhuhu....


KEK OREN LEMBAB


BAHAN-BAHANNYA :-)

130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

ni la rupa kek oren tu....
try la kalau nak tau......
memang yummy kek ni.......
selamat mencuba yerk......

No comments: