Sunday 10 January 2016

Kisah Kerja Hakiki

Assalamualaikum...

lately ni saya semakin sibuk dengan kerja hakiki... bukan tak mahu menerima tempahan...banyak sangat tempahan pelanggan yang terpaksa saya tolak kerana tidak berkesempatan memenuhinya..
almaklumlah kadang-kadang terpaksa pulang ke rumah lewat malam.... badan dah penat... nak uruskan anak-anak sekolah...jadi saya lebih utamakan yang penting dulu..

mungkin takde rezeki kali ni.... tunggulah bila projek yang saya handle tu siap..barulah saya akan menerima semula tempahan seperti sebelum ni... bukan skarang ni tak terima... tapi terpaksa kurangkan... utamakan yang lebih penting dahulu....



bila semua dah penat kat site..
mula la sefie macam-macam gaya...



ni masa mula-mula piling bore pile dah nak start...
berdebo gak la jantung ni...




lepas bore..
konkrit pula....
masa ni memang mencabar...
masalah akan datang bila-bila tanpa kita sangka...



ianya akan berterusan sehingga siap...
biasanya hingga lewat malam....



dah senja tapi masih disini...
kami sabar menunggu...
projek ni berada di tepi highway jer...


ini la keadaannya bila senja...



meneruskan kerja walaupun malam telah menjelma..



bos dari unit lain datang ketapak 
untuk mengetahui bagaimana bore pile dilaksanakan..
tq cik Rasilah....


kadang-kadang terpaksa berhujan...
hujan turun dengan lebatnya semasa kerja binder dijalankan..
kebetulan siap sahaja kerja lay binder..hujan pun turun..


ini la situasi kerja hakiki saya... tapi saya perlu memetingkan dahulu kerja hakiki ini... alhamdulillah.. progres ditapak semakin ke penghujungnya walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi...

saya akan sedaya upaya menjalankan amanah yang diberi agar projek ini berjalan lancar dan siap dengan sempurna... aminnn...



No comments: