Friday, 30 September 2011

Nak Hantar Mia g School ker tahun depan???

Tengok suma ibu ngan ayah yang ada anak baya-baya Mia semua nak hantar anak dia pegi school tahun depan........... hari tu ada bincang ngan 'ayah' nak hantar Mia gi school...... mula-mula 'ayah' kata ok...ikut suka ibu..... 'ibu' dah mula cari-cari school yang ok tuk antar mia...... tetiba...... 'ayah' kata tak payah tunggu Mia 5 tahun........kesian kat mia...takut mia boring..... ermmmmm....so ibu tak jadi cari school tuk mia........ mia dah ready nak g school ker sayang??????takper hujung tahun ni ibu try masukkan mia kat mana-mana school (tumpang)...tapi bleh ker?????



Nama saya NUR DAMIA QISTINA BINTI ALI..umur saya 3 tahun......saya suka tengok Hi5




saya suka jugak camera ibu....saya suka ambil gambar...my hobby...hhihihihihihi




ni saya dengan ibu.......saya sayang ibu...ibu pun sayang saya.........

Friday, 23 September 2011

SOLAT SELEPAS HAID : KESILAPAN WANITA & PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )



Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"



Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.



Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..



Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :



1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.



Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Wednesday, 21 September 2011

Kita Berhak Untuk Bahagia........




Kebahagiaan adalah sesuatu yang selalu kita dambakan dalam kehidupan ini. Dalam kenyataan, kalau kita perhatikan apa yang menjadi motivasi di sebalik fikiran dan perbuatan kita --- secara sedar ataupun tidak --- semuanya adalah untuk mendekatkan kita pada kondisi/perasaan itu, atau setidaknya idea tentang kebahagiaan.

Sebahagian dari kita sudah lama bertanyakan mengapa kita tidak mampu terus bahagia. Dari semua ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia sepanjang zaman, tidak ada satupun yang dapat menjawab pertanyaan itu secara memuaskan dan utuh. Mungkin kerana penyebabnya amatlah terlalu dekat untuk dapat dilihat…

Jawabannya, kunci bahagia itu adalah pada hati kita.

Sepanjang hidup kita, sudah sering kita dengar agar “ikutilah hati”. Hal ini juga telah ditulis dalam banyak sekali buku suci, dari semua agama, sejak dari dulu. Ini disebabkan hati kita – walaupun tanpa kita sedari – dapat merasakan kasih yang berasal dari Tuhan, yang mengasihi kita seutuhnya, dan selalu inginkan yang terbaik untuk kita.

Dalam membuka hati dan menggunakan hati, kita diberkati dengan kedamaian dan kebahagiaan yang dapat kita rasakan secara terus menerus --- benar-benar sesuatu perasaan yang nyata --- dalam hidup kita sehari-hari. Kehidupan kita sehari-hari sebetulnya adalah manifestasi dari seberapa kuat kita terhubung dengan Maha Pencipta, sumber yang sejati. Jadi, hati yang terbuka juga adalah kunci yang sebenarnya bagi kemajuan spiritual untuk semakin dekat kepada tuhan, sumber dari kedamaian dan kebahagiaan sejati yang abadi.

Hati kita menjadi kuncinya kerana diri sejati kita berada di dalam hati kita. Diri sejati kita yang berada di dalam hati akan terus ada walaupun kehidupan kita kali ini nantinya berakhir. Fizikal kita hanyalah “kulit luar” sementara saja --- daging dan darah yang suatu saat akan menjadi debu --- hubungan kita kepada Tuhan/Sumber Sejati adalah abadi. Kita memerlukan Tuhan dan Tuhan mengasihi kita tidak hanya semasa kita hidup di bumi, tapi selalu dan selama-lamanya.

Oleh kerana kita masih ada fizikal, hati kita (bukan hati fizik tapi hati spiritual --- pusat perasaan kita) adalah di mana dan bagaimana kita dapat terhubung kepada Tuhan.

Dengan hubungan ini, hati kita berkomunikasi dengan Tuhan dan menerima BerkatNya. 
Dalam
menerima BerkatNya, kita dapat merasakan begitu banyak keindahan di dalam hati kita, termasuk perasaan ringan, tenang, 
damai dan bahagia melebihi semua yang pernah kita rasakan dari pengalaman duniawi.

Merasa tenang dan bahagia setiap saat di dalam hidup kita kedengarannya amat fantastik, bahkan tidak mungkin. Sekarang kenalilah bahawa itu adalah otak anda yang sedang membuat penilaian, memasukkan batasan yang tidak benar ini.

Dalam hal ini, ada cukup banyak hal yang perlu dilakukan agar anda tidak lagi memilih cara anda sendiri. Otak kita sangat kuat --- kita sudah begitu banyak menghabiskan waktu kita di dalam kepala kita --- sehingga otak dapat menjajah hati pada mulanya. Tetapi, hati kita tahu bahawa kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan menunggu kita secepat kita mulai membuka hati dan menggunakan hati.

Betapa sangat indah dan menarik mengingat semua hal indah ini sebenarnya ada di dalam diri kita selama ini. Yang kita perlu lakukan hanyalah membuka hati kita dan menggunakan hati kita untuk dapat merasakan dan menikmati semua rahmat yang indah ini.

----------~~~~~~~~~~----------

Sekadar perkongsian... ambillah andai ada nilai baik dariNya.

SUMBER:Aza ABADI (TERIMA KASIH BERKONGSI)

Thursday, 15 September 2011

Raya Belah MAk Mertua..... ngeeeeeee~~~~~~~~


Pagi-pagi raya kedua,kami sefamily gerak ke Sawah SEmpadan Tanjung Karang...jauh kan.... bila la nak sampai.....anak-anak plak tak mau tido dalam kereta......teruja gaknya nak beraya lagi....... kepulangan kami dah dinanti-nanti oleh mak mertua ku dan yang lain-lain.....sampai dia tersilap orang...punyalah tak sabar nak menunggu cucu-cucunya sampai.......bila kami sampai tu.......apalagi melompat la si mia tu jumpa Mak Su Timah nyer......main sampai tak ingat....... esoknya kami beraya....ntah kat mana...aku pun ikut jer la....... seronok la...dah nama pun beraya kan..... so sepanjang perjalanan nak balik daripada beraya tu....berderet orang jual buah-buah....kecur la aku tengok buah-buah tu so...apa lagi menyinggah......

 sedap jagung ni...manissss......beli dua longgok...buat bubur......

 sedap kan tengok buah-buah nih.....macam nak beli semua.....jangan tamak lily........


 beli buah nih skit....makan ramai-ramai sedap.....


 sempat posing depan kedai tu...... hihihihihihihihihih


 posing lagi.......ngeeeeee........


 mak mertua sapa la nih ekkk????? eh...eh..eh...mcm kenal la BLJ4261 tue... kihkihkihkihkih



Dah seronok beraya.... jeng...jeng...jeng...jeng...... ada sessi rombongan risik merisik...kenal mengenal..... eceh...tuk sapa?????? mak mertua aku ajak kami semua pergi ke Rawang selangor tuk merisik sorang anak dara nih...... tuk sapa???? hihihihi adik ipar aku...budak si Farid tu......... seronoknya la kena risik.......


 ni la jadinya bila bahan baju jadi gubahan....hihihihihi auuuuuu tak kuasa mak u.....ekekekekekekekek


 ni bukan berhari raya yer...tp sessi perbincangan akan bermula sebentar lagi...oke...


 ambik mood dulu oke.......


 posing...posing......hihihihihihihihihihi


 me wif my lovely princess........


 sesi perbincangan bermula...yang dalam bilik dah berdebar-debar....


 apala yang mia bualkan kat mak long tu??????


 posing-posing.....ewahhhhhhh


 sesi menyarung cincin la... alamak...... terbesar la plak cincin tue yer... ham,peh la ko nih Farid..


 gambar sebelah lelaki dan belah pompuan......



huh.......ada lagi satu sesi yang belum selesai.......'ayah' akan dapat beraya dengan kawan-kawan bila turn raya kat kampung aku....sebab bila raya kedua baru balik sawah dan pastinya lama la kat kampung dia....so sempat la jumpa kengkawan dia.....so tahun ni dapat jumpa kengkawan dan dapat beraya kat umah cikgu-cikgu diorang....... so inila gambar kenangan tuk tahun nih........ 


beraya tahun ni malam...so tak sempat nak beraya semua rumah.....

Cerita Raya..

Alhamdulillah....syawal tahun ni walaupun tak semeriah mana tapi semuanya berjalan lancar..... 
Almaklum tahun ni dah bertambah lagi seorang puteri dalam hidup aku..... maknanya ada dua orang puteri dalam hidup aku...... Tahun ni giliran beraya kat kampung aku....mana lagi...kampung yang aku sayang...KAMPUNG TENGAH RENGGAM KLUANG JOHOR....... tema tahun ni BLACK n PURPLE..... spontan jer tema tu...

 ni warna tema kami tahun nih......tapi masa nih mia tak nak bergambar...so gambar tak shantekk....


 ni kakak ipar ku......


 mia dan ayah......memang tak boleh dipisahkan...



 budak comey yang bergaya dipagi hari........


 'ayah' memohon ampun dan maaf kat ayahanda mertua tercinta


 'ibu' mohon ampun dan maaf kepada ayahanda dan bonda tercinta


 chacha comey lagi....yang tak reti dok diam....


 'ibu' ngan chacha yang comey2 belaka kan.....


 mia mintak ampun dan maaf kat ayah...mia janji mia tak nakal-nakal lagi yer 'ayah'..mia nak wit raya...hahahaha


 my lovely mom & dad



ni keluarga arwah abang abu....

sebahagian sepupu aku yang datang..yang lain-lain tak sempat ambik

sangat ramai la orang beraya kat umah mak dan bapak aku....tak berhenti-henti orang datang beraya....hingga petang tu nak beraya pegi rumah kakak aku pun tak lepas sebab ada lagi yang datang beraya..... bila semua dah beransur kami pun dengan pantas gerak ke rumah kak Bib....kalau tak.......ada yang tak beraya...... so lepas gi beraya, malam tu kami gerak balik ke Muar.....sebab esok pagi-pagi nak kena gerak balik ke Sawah Sempadan Tanjung Karang...turn beraya kat sana plak............phewwwwww.....tp alhamdulillah...semuanya lancar.........

Wednesday, 7 September 2011

cerita-cerita sesajer

ermmmmm....dah lama tak menconteng arang di blog aku nih....
ingat nk publish pasal raya...ntah knp ntah aku nyer camera tu tak leh baca lak.......
sok2 la bila dah boleh aku citer pasal raya tahun nih...
walaupun tak sehebat mana tapi tetap penuh dengan pengisian......
selebihnya anak-anak la yang paling seronok sekali.... tak sabo nk publish pasal raya...
tp tak best kan kalau takder gambar.......

Friday, 19 August 2011

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Sepatutnya aku publish post nih awal-awal Ramadhan lagi....tp...awal-awal Ramadhan tu malas betul nak menaip...so ni baru ada mood......jadi..mari kita sama-sama share Doa-doa dalam bulan Ramadhan nih.....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..." 

Hari Pertama 

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa." 

Hari Kedua 

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih" 

Hari Ketiga 

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan." 

Hari Keempat 

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat." 

Hari Kelima 

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi 
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"
 

Hari Keenam 

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan." 

Hari Ketujuh 

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat." 

Hari Kelapan 

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap." 

Hari Kesembilan 

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu." 

Hari Kesepuluh 

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon." 

Hari Kesebelas 

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan." 

Hari Kedua Belas 

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut." 

Hari Ketiga Belas 

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin." 

Hari Keempat Belas 

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin." 

Hari Kelima Belas 

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut." 

Hari Keenam Belas 

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam." 

Hari Ketujuh Belas 

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci." 

Hari Kelapan Belas 

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak." 

Hari Kesembilan Belas 

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran." 

Hari Kedua Puluh 

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu 

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta." 

Hari Kedua Puluh Dua 

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan." 

Hari Kedua Puluh Tiga 

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa." 

Hari Kedua Puluh Empat 

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta." 

Hari Kedua Puluh Lima 

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi." 

Hari Kedua Puluh Enam 

:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar." 

Hari Kedua Puluh Tujuh 

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh." 

Hari Kedua Puluh Lapan 

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta. 

Hari Kedua Puluh Sembilan 

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman

Thursday, 18 August 2011

Tak Mampu Kehilangan Cinta

****cerita ni tuk renungan kita bersama****




Ketika  kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.
Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.
Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.
Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.
Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual  dengan mesranya.
Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.
Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.
Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.
Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.
Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.
Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.
Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.
Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.
Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.
Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.
Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.
Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.
Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.
Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk  membina sebuah keluarga yang bahagia?
Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?
Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.
Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.
Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?
Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.
Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.
Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.
Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.
Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.
Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.
Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.
Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?
Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.
Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.
Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...
Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.
Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.
Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.  Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.
Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.
Hukum-Hukum Cinta
Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.
Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.
Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.
Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.
Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.
Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.
Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.
Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.
Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.
Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.
Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.
Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.
Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.
Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.
Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.
Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.
Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.
Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.
Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!
Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!
Ayuh Intai-Intai Semula
Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?
Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...
Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?
Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.
Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?
Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?
Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?
Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?
Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?
Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas  berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.
Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.
Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat  di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!
Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?
Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.
Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.
Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?
Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!
Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!