Wednesday, 14 November 2012

Kisah Tahun Baru:Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah hari ini Rabu 29 ZULHIJJAH 1433H hari terakhir tahun 1433H..Esok kita dah masuk tahun baru 1 MUHARRAM 1434H...Banyak kenangan pahit manis yg kita lalui dan tempuhi disepanjang tahun 1433H..Semoga ianya akan lebih mendewasakan kita dan lebih mengajar kita erti seorang hamba Allah, semoga bertambah umur kita ini akan bertambahlah Iman dan amal Taqwa kita kepada Allah dan kita tetap Istiqamah dgn Islam hingga akhir hayat kita...

 

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam....


Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.
ni doa untuk akhir tahun yang perlu kita baca & doa awal tahun yang kita baca menjelang maghrib...


sori tak berapa terang doa ni......

Selamat menyambut tahun baru. Moga Allah memberkati kita.

Salam JS Fans, Just Nk share sedikit tentang Awal muharram Atau pn tahun baru islam yg akan disambut esok...semoga kita dpat meghayati erti bulan ini..

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku dalam bulan Muharram. Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar.

Selamat menyambut tahun baru.  Moga Allah memberkati kita.

Tuesday, 6 November 2012

Kisah kami:Aidiladha ini mereka masih ada......

Dah lama Aidiladha berlalu...tapi tak sempat nak buat entry ni... almaklum ada jer halangan... tapi kali ni paksa diri untuk buat entry ni sebab buat kenangan masa akan datang.... teremosi pulak.... 

Raya Haji kali ni kami sambut kat Renggam... heeheheheheee.... sambut kat kg saya la kan.... seronok????bukan seronok lagi tapi dah dua, tiga ronok tau..... tak semua balik....cuma kami sekeluarga, kakak & adik yang bongsu.....  seronok la hai... masak bukan kemain lagi..... memang mintak mak masak.... walaupun mak bising sepatutnya kami yang masak..... bahan-bahan kami yang sediakan semua.... entah....kenapa mulut ni ringan jer mintak mak yang masak semuanya.... takut-takut kalau lepas ni tak merasa semua tu....  macam-macam masak... 

pagi yang damai tu, sebelum pegi solat raya, kami sama-sama bersarapan kat beranda belakang umah mak.... huwaaaaa!!!! seronok tau tak..... memang sapa yang tak balik kampung tu rugi... momen-momen bersama mak & bapak ni tak kan dapat diulang lagi.....macam ner rasanya kalau mereka dah takder???? sesak dada kalau pikir.... takmo pikir..... nanti sesak dada... kalau balik kampung memang berat tul kan nak balik semula ker kebandar..... jadi saya akan buat sesuatu yang sentiasa menggembirakan hati mak bapak...biar kenangan tu akan terus tersemat dalam hati & fikiran saat-saat bersama dengan makbapak nanti.......

best yang amat.. 
kami sekeluarga breakfast kat beranda belakang umah mak...
tenang jer....makbapak pun hepi jer anak-anak balik...


tengok betapa banyaknya makanan....
memang seronok kalau kat kampung....
makan sampai tak hingat.....
harap-harap kami akan kekal bila-bila camni...
meneruskan tradisi berkumpul.....


abang ipar & anak-anak buah ku....


my lovely BAPAK.......
one & only...... kasih sayang bapak tiada ganti tau...
ni nak bagi kat sapa pak???bagi kat cucu dia yang kuat merajuk tu
moga-moga bapak terus sihat.....


tenang jer kan....
ni la kebun bapak & tanaman dia.....
best woooooo!!!!
duduk belakang umah sambil gosip-gosip....makan-makan....


ni lagi......
ada angan-angan nak beli tanah jugak....
nak bercucuk tanam....
huwaaaaa!!!!! ada duit ker nak beli tanah lily woiii!!!!
mudahan-mudahan........

jiran depan rumah buat KORBAN.....
hahahaha...nak suruh tengok memang tak berani...
kang terpengsan pulak tengok lembu tu kena sembelih... mau jadi mimpi ngeri dimalam hari...
tapi sibudak bertuah (mia) tu berani pulak gi tengok..... siap cerita lagi camner lembu tu kesakitan....
agak-agak sapa la yang tukang snap gambar nih????? sapa lagi si buah hati la......



ni dah selamat disembelih......
moga-moga lembu nih masuk syurga.....
hahahahahah macam tu pulak ekkk........



lapah time.....
dapat la jugak rasa daging korban nih........


hahahahaha... apa kaitan gambar nih????
tengah sibuk-sibuk orang ber KORBAN...... tetiba mak menjerit....
sebab sesuatu telah terjadi dengan cucu nya....
tengok-tengok rupanya barang makeup mak telah dinodai... hahahahahahahahaha


habis diselongkar barang makeup mak......
mak cakap "anak-anak aku pun tak berani nak usik barang-barang aku... tiba kat cucu...."
sabo jer la yer mak........
nak tau apa rupa orang yang menyelongkar tu?????
V
v
v
v
v
v

hahahahahaha... ni la cucu bertuah tu yang bertindak menyelongkar..
ginila jadinya kalau ibu dia takder barang makeup.....
anak-anak suka makeup.......



mia & adik main dengan abang Syazwan.....
mia ajar abang nyer nak main game kat Tab....
anak-anak zaman sekarang kejap jer pandai.....


esoknya kami tak lepaskan peluang bersarapan sama-sama lagi....
kenangan ni akan kekal selamanya-lamanya tersemat dalam ingatan.....
dah petang-petang bawak makbapak gi Kluang....
jalan-jalan makan kat Railway station....tempat adik keje...
selagi dapat luangkan waktu dengan mak bapak....... akan saya buat.....


malam tu ada projek buat kuih....
hahahahahah oleh kerana bapak tak boleh makan kuih keras-keras...
maka buatla apam aiskrim soda..... pecah tu pecah la jugak... tapi pecah kat tepi....
lembut........jangan cakap...........


sebelum balik tu siap cilok pokok pandan mak....
tanam kat pasu...... senang tak payah cari-cari kalau nak masak......
ada lagi yang dicilok.......
V
V
V
v
v
v


kat umah mak memang banyak pokok bunga....
apa lagi ambil la banyak mana pun benihnya....
so tak payah beli-beli pokok bunga......
yang penting pandai jaga.......
petang tu rasa macam tak mo balik ke Muar...
tapi kami perlu kembali bertugas......
balikkkkkkk ler jugekkkk........huwaaaaaaaa!!!!!!

Kisah Periksa:SPM bermula....

Terlambat buat entry ni.... semalam SPM telah pun bermula...... buat semua adik-adik yang menduduki SPM semoga dipermudahkan menjawab semua soalan, dan mudah-mudahan berjaya dalam setiap matapelajaran... Especially buat adik ipar.... sikembar Mira & Dila, akak doakan korang berdua dapat menjawab semua kertas peperiksaan dengan mudah & berjaya dalam peperiksaan SPM ni.... mudahan-mudahan apa yang korang cita-citakan akan tercapai.... amin.....

si kembar dari kiri sekali: Dila 
dua dari kanan: Mira

Ni tips peperiksaan dari Dr. Fazilah Kamsah:

As salamu'alaikum anak2 yg akan hadapi SPM esok. Antara tip utk hadapi pep esok:

1.Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat &      
  istikharah utk mudah jwb soalan
2.Doakan ibubapa agar pintu rezki terbuka
3.Doakan guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat & Malaikat doakan kita 
  berjaya dlm SPM
4.Tidur awal & baring mengiring ke kanan.Pagar diri sebelum tidur  
  dgn fatehah, 3 Qul, Ayat Qursi. Hembus tapak tangan & sapau 
  seluruh badan.    
5.Bangun pagi terus senyum,baca doa2 agar cemerlang
6.Sblm solat subuh, solat hjt

7.Pastikan sarapan agar ada tenaga

8.Pakai perfume (berpada utk wanita) & deodorant utk rangsang 

  otak

9.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik

10.Doa beramai2

11.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki 

   kanan dulu

12.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah

13.Bila bingung, istighfar & selawat byk2 utk dpt ilham Allah

14.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran

15.Elak bincang dgn kwn lepas exam. Terus bersedia utk subjek 

   esok pula





Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Aamiin, wassalam.




Tuesday, 30 October 2012

Kisah Kami:Ibu...Kakak nak KOP C (KFC)....

Dah beberapa hari permintaan itu ibu abaikan.... kesian kakak mia...bila permintaan itu keluar dari mulut kakak setiap kali ibu ambik kakak pulang dari sekolah ibu tak penuhi, ibu tengok muka kakak kecewa sangat....Bukan ibu takde duit untuk penuhi permintaan itu.... tapi sikap ibu yang malas nak bersesak kat bandar Muar untuk mencari parking tengah2ari buta membuatkan ibu beri macam-macam alasan untuk tak penuhi permintaan kakak...

Bila petang, ibu ambil kakak dari rumah mak (pengasuh anak-anak), kakak minta lagi, ibu kata tunggu ayah balik keje baru kita pergi...tapi permintaan itu dihampakan juga oleh ayah...... kakak bukan minta banyak pun... kakak cuma nak KOP C (KFC)..... kejam ibu & ayah kan.... macam-macam alasan keluar dari mulut ayah & ibu.... hahahahahahahaha.... sebenarnya... malas nak cari parking.... kehkehkehkehkeh...

Khamis lepas ibu penuhi permintaan kakak... tapi ibu bungkus jer..... bila kakak masuk jer dalam kereta nak balik dari rumah mak, terjerit kegirangan kakak.....

Kakak: Yeayhhh!!!!!!!3x ibu beli KOP C untuk kakak...
Adik: Bu nak ayam......
Ibu: Nanti sampai rumah kita makan yer kakak..adik.....(dalam hati...kesian anak-anak aku....) 




seronok dapat KOP C...
makan sampai licin..



Thursday, 25 October 2012

Kisah Raya: Selamat Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah, dapat kita berjumpa aidiladha lagi tahun ni..... buat semua rakan-rakan diluar sana, juga buat rakan-rakan bloger semoga aidiladha kali ini kita sambut lebih bermakna dan kita dapat melakukan sesuatu pengorbanan yang bermakna dalam hidup kita..... 

Terbaca iklan dalam harian metro hari ni  makna sebuah pengorbanan....
Agak-agak kalau kita, boleh ker kita berkorban sebagaimana Nabi-Nabi & Rasul-Rasul kita berkorban????

Makna Sebuah Pengorbanan.......
Ketika diminta oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. Ketaatan Nabi Ibrahim a.s telah dibalas oleh Allah SWT dengan mengurniakan seekor bebiri sebagai ganti kepada nyawa anaknya Ismail (Nabi Ismail a.s.). Hari Raya Aidiladha, atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini. Umat Islam seluruh dunia meraikanya bersempena kesediaan Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah Allah SWT ini. Di Malaysia, ia diraikan pada 11 hingga 13 Zulhijjah setiap tahun.....

Sumber:Harian Metro


Teringat dua tahun lepas...... dah nak Raya Qurban ni la tinggal menghitung hari..... bukan nak naik pelamin... tapi nak bersalin Daleisha...... tu pun dikira berkorban juga kan.....

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga......
Selamat Bercuti...... 
Assalamualaikum...


Tuesday, 23 October 2012

Kisah Masak/makan: Ikan Caru Sumbat..

Ikan caru sumbat salah satu makanan feberet si buah hati..... pagi-pagi sabtu dia dah gi pasor (pasar-slang orang Muar).... balik-balik tengok ada kelapa & ikan caru.... sahhhh memang nak buat ikan caru sumbat....
Lauk turun temurun katanya..... senang.... tak payah kecah-kecah... senang sangat........

meh kita kongsi resepi nih, mak mertua ajar....tapi saya dah oter-oter sikit..... almaklum tekak saya nak makan ikut selera saya la camner nak memasaknya.... ikan ni lagi sedap kalau di bakar...diulangi....lagi sedap kalau di bakar.... tapi 'M' sangatla tebal kat dalam jiwa, maka nasib ikan caru sumbat adalah digoreng.... "mak peduli apa nokkkss" yang penting kenyang kan.....


sebelah atas: sebelum digoreng
sebelah bawah:setelah digoreng


Bahan-bahan
1) 2 ekor ikan caru (belah atas)
2) kelapa parut
3) 10 batang lada merah (saya pakai lada kering)
4) 5 ulas bawang merah
5) 5 ulas bawang putih
6) sedikit belacan
7) sedikit asam jawa
8) gula & garam secukup rasa

cara-cara
-lada, bawang merah, bawang putih & belacan ditumbuk (boleh gak kisar) masukkan dalam kelapa, gaul sehingga rata, campur sedikit asam jawa, gula & garam.....
-sumbatkan dalam ikan...
-panaskan minyak & goreng hingga garing, angkat & boleh dihidang...
memang sedap makan dengan nasi panas........

Kisah kami: Mabuk Kambing... adehhhh....

Hujung minggu adalah masa untuk berehat walaupun tak berapa nak rehat sangat dan makan-makan... hahahai..... bagi saya hujung minggu adalah masa yang best....banyak sangat aktiviti nak buat... konon-kononnya hujung minggu yang sudah buat BBQ.... boring kat umah...hahaha... 

so si buah hati cadang nak buat kat umah mak ngah... beli ayam kat ayamas... dah tu cari daging kambing slice kat econsave nak perap.... biasa cari daging tu kat giant... tapi malam tu malas sebab jem..... memang sedap la sebab dah perap sehari semalam.... bakar-bakar buat kat umah mak ngah.. siap buat puding berkuah bagai..... "memang sedap, mak cakap nokk..." 

sekali sedap sangat makan daging kambing....ambik ko...balik malam tu dah start pening-pening lalat..... pagi tu dah terasa, tapi buat tak kisah...... tengah hari semalam macam berpusing dunia ku...... ingat kelaparan... kadang-kadang kalau lapar pun saya jadi camtu...... kahkahkahkahkah....baring-baring tengahari tu baru teringat..... penangan kambing econsave..... tak pernah mabuk kambing... ni 1st time... biasa makan ok jer.... 

semalam pun agak panas... ingatkan panas sangat sebab petang semalam pun ada gi tapak, kontraktor BALB nak buat pipe jacking kat Panchor......petang semalam makin gelabah makcik dibuatnya......agagagagagagaga..... berbahang muka dibuatnya..... kejap-kejap basuh muka...kihkihkihkih.... kepanasan.... kepala jangan cakap la berpusing... sibuah hati balik lambat la pulak.... lepas bagi anak-anak makan..... badan dah menggigil kepanasan.....ngeh...ngeh...ngeh.... 

minum...minum...minum...minum.... agak-agak kalau air pancut bomba tu ada, mau saya dah mintak bomba siram..... alahai..... makan panadol, dapat la tido sekejap.... terbangun tengah malam, ada rasa lagi sakit....... badan pun jadi bisa-bisa.... makan lagi panadol....minum...minum...minummmm...... sambung tido.... 

alhamdulillah bangun pagi tadi dah ok.... cuma badan jer rasa sakit sikit-sikit...... memang ampunnnnn... lain kali tak mau lagi beli daging kambing kat econsave tu.....
agak-agak korang pun pernah alami benda yang sama macam saya alami kan..... perghhhh memang tak boleh nak tahan...

kata si buah hati:  "agak, kambing mati kena langgar kot"........
saya: hish ada plak.... daging tu lama la....

petang & malam tadi huru hara sekejap.... alhamdulillah..... ok dah.... Allah nak bagi peringatan & nikmat sakit........



adakah daging kambing yang saya makan itu asalnya seperti ini?????
emmmmmmbeeekkkkkkkkkkkkk!!!

Monday, 22 October 2012

Kisah Kami:Bukit Malawati

Salam Minggu baru..... haiiii dah jumpa minggu baru semula...citer ni pun dah lama terperam almaklum... gi sabtu sudah, lepas tgk bola, dah nak jumpa minggu baru.... lepas balik tengok bola tu, kami kan balik kg (belah mak mertua)...... so dah petang-petang boring la pulak..... maka si buah hati gi ajak pusing-pusing jjcm..... mula-mula gi Sekinchan.... ntah apa yang menarik pun tak tau la..... last-last memang patah balik ker Tanjung Karang...... walaupun dah balik banyak kali tapi si buah hati tak pernah nak bawak gi Bukit Malawati kat Kuala Selangor tu.... masa tengok dokumentari Tv1 (RTM) macam best jer..... teringin gak la nak naik atas tu...... kang bila orang tanya bleh la saya citer.... hahahahahahahaha.... so terus gi Kuala Selangor.... jom kita tengok apa yang menarik....... bleh la.....


ni berhenti sekejap kat Sekinchan....
sebab tak tahan tengok tali air....
sebab dah nampak budak-budak terjun mandi kat tali air....

rasa macam nak terjun gak...... 
perghhhhh kalau zaman budak-budak dulu dah selamat kan.....


suka sangat pic ni......
ni memang tengah musim menuai padi......

suka sangat pemandangan ni....


alangkah bestnyer....



cantik sangat padi kat sini....


ok ni la yang saya cerita tadi....
kami nak naik ke Bukit malawati naik Trem...
dah beli tiket...... murah jer...

see.......


kat belakang jauh nun ada taman alam....


ni la trem yang kami naik tu....



menunggu trem turun....



giliran kami pulak naik....
jeng...jeng..jeng....



huhuhuhu....seronokkk....
siap sedia.....




Selamat Datang yer.......



ni masa perjalanan naik ke atas..
mujur dah tak hujan.....


sampai kat atas, ini la yang menyambut kehadiran kami...
kenapa mak hitam, anak oren?????
anak dia akan berubah warna bila umur dia dah 3 bulan...



mia berani-berani tapi takut nak beri lotong ni makan...
kami beri kacang panjang....

adik memang tak turun langsung masa kat atas...
takut dengan 'sedara' tu.....
agak-agak masa zaman dulu-dulu macam ner la rupa kat atas bukit tu yer...


ni peta kawasan di atas Bukit Malawati...
banyak tinggalan sejarah....
tapi 'sedara' kat atas tu pulak interframe....


gambar dah cantik..... 
'sedara' sekor tu plak menyibuk......


pemandangan kat atas tu cantik sangat, tapi yang tak seronoknya,
banyak sangat makhluk Allah tu......


bergayut...banyak sangat bilangannya...

Rumah api..... 
tapi kita tak boleh masuk dalam tu...

dari jauh....

penerangan mengenainya.....


Ni la Baitulhilal... salah satu tempat kat Malaysia ni untuk tengok anak bulan 
untuk tentukan puasa & raya.....

penerangan mengenainya.....

seronok la bawak anak-anak berjalan....


pemandangan indah....
agak-agak, zaman dulu lagi dekat kot dengan lautkan....
camanerla zaman dulu kan.....


suka sangat pic ni.... 
hahahahahaha cantik....


kat sebelah belakang ada Taman Alam...
tapi tak masuk sebab tengah diubah suai....
kami lalu jer....

dan sekarang ni tengah musim menuai kat kg Sawah Sempadan....



harap-harap kali ni dapat la mak padi yang lumayan....

ayam Selasih....
berminat?????hubungi saya....
hahahahah......

kalau balik kampung, tak buat makan-makan memang tak sah kan...
so saya buat Puding berkuah yang super sedap itu...
licin habis....tak sempat pun sehari....
kalau kat kg, tak kira la sebelah saya atau si buah hati, ada jer aktiviti bersama family....
memang mereka-mereka tu menunggu jer bila kami sekeluarga akan balik lagi......