Terbaca iklan dalam harian metro hari ni makna sebuah pengorbanan....
Agak-agak kalau kita, boleh ker kita berkorban sebagaimana Nabi-Nabi & Rasul-Rasul kita berkorban????
Makna Sebuah Pengorbanan.......
Ketika diminta oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. Ketaatan Nabi Ibrahim a.s telah dibalas oleh Allah SWT dengan mengurniakan seekor bebiri sebagai ganti kepada nyawa anaknya Ismail (Nabi Ismail a.s.). Hari Raya Aidiladha, atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini. Umat Islam seluruh dunia meraikanya bersempena kesediaan Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah Allah SWT ini. Di Malaysia, ia diraikan pada 11 hingga 13 Zulhijjah setiap tahun.....
Sumber:Harian Metro
Teringat dua tahun lepas...... dah nak Raya Qurban ni la tinggal menghitung hari..... bukan nak naik pelamin... tapi nak bersalin Daleisha...... tu pun dikira berkorban juga kan.....
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga......
Selamat Bercuti......
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment