Wednesday 30 May 2012

Allah maha pengasih dan pengampun...

Assalamualaikum....


Sebenarnya hati ni sedih la skit..... ada la benda yang berlaku semalam kat ofis....... biarkan la manusia sebegitu..... entah dimana silapnya..... saya tak mahu panjang-panjangkan cerita...ramai yang menasihatkan saya agar biarkan saja orang-orang seperti itu.... biasala...manusia memang tak boleh kita lebih daripada mereka, sedangkan kita tidak pernah mengambil tahu pasal kehidupan mereka, apa yang mereka nak buat dan sebagainya...... teringat kata-kata motivasi " hidup kita ini sangat menarik dan banyak kelebihannya, sebab itulah ada orang yang asyik bercerita mengenai kita, mereka cemburukan kehidupan kita, walaupun kita rasa kehidupan kita biasa-biasa saja"........... saya doakan mereka yang berhati seperti itu agar dibukakan oleh Allah agar sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada mereka dan hati-hati mereka itu tidak ada titik hitam yang sentiasa cemburukan apa yang orang lain ada lebih sedikit dari mereka (peringatan untuk diri saya juga)... Insyaallah..... syukur alhamdulillah....... memang kehidupan saya sangat menarik dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan.....walaupun kadang-kadang terkucil kesabaran itu...... so bila rasa down.... saya akan cari kata-kata motivasi yang boleh merawat hati saya........ saya akan jadi bersemangat dan ceria semula.... dan ingin berkongsi kata-kata semangat bersama rakan-rakan......


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3






"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [Surah Al-Hujurat 49:6]



"Jangan MENGALAH dgn jalan yg telah kau temu, Jangan sekali2 rebah dengan jentikan dan pandangan sinis, herdikan dan diperlekehkan..
JANGAN PUTUS ASA, bangunlah!!! kerna ALLAH sedang mentarbiyah agar kita terus jadi kuat :)"



" Ramai antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.

Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita.

Jika anda adalah salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda, hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt membezakan realiti dgn bisikan syaitan.

Jgn jadi org yg pandai menasihat tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah mirip ciri-ciri munafik.

Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada."













"Kalau kita BERUBAH untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita..."






"Apabila kamu teringat akan seseorang (menyakitkan hati), banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..
Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang, banyakkanlah SOLAT DHUHA..
Apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..
Dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu @ syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' "





saya sangat suka kata-kata motivasi diatas.... buat saya jadi kuat semula.......... buat saya melupakan hati yang telah ditiup amarah oleh syaitan........ semoga kita semua akan terus tersenyum hari ini.......







No comments: