Thursday 7 June 2012

Raikan cinta.... (luahan rasa dan cinta buat "ayah")

Tanggal 2 jun 2012 adalah aniversarry kita yang ke 5 kan "ayah"...alhamdulillah.....semuanya berjalan lancar setakat ini......semoga apa yang kita impikan akan tercapai.....suamiku....saya sangat2 bersyukur dan sangat bahagia awak dan anak-anak ada dalam hidup saya...hanya "ayah" di dalam hati "ibu" terima kasih kerana sentiasa menjadi teman dikala susah dan senang, suka dan duka.....dikala terpinggir........ terima kasih juga sudi menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita.... terima kasih juga menjadi pendengar setia ketika hati resah walaupun kadang kala tak mahu mendengarnya.....ketika hati disakiti walaupun satu ketika dulu pernah disakiti gara-gara ada yang iri hati dan ingin mengambil tempat diri ini untuk berdamping dengan "ayah"...walaupun berulang kali ibu menyatakan pada "ayah", pasti "ayah" tak kan mempercayainya..... kenapa?????itu  "ibu" tak tahu kenapa..... biarla satu hari nanti Allah akan balas jua pada orang-orang yang sentiasa cemburu atas kebahagian kita.... 



-luv u all with all my heart-





Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



mohon ampun dan maaf sekiranya masih terdapat kekurangan dan kekhilafan dalam hubungan kita..... 



Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
(ayat-ayat diatas buat saya kuat untuk menerima apa jua kekurangan dalam hubungan kita)

"Kita jgn harapkan sangat kesempurnaan daripada pasangan , kerana kita MEMANG TAKKAN JUMPA YANG SEMPURNA tetapi ada yang ALLAH ciptakan KHAS untuk kita , sesuai dengan diri kita dan kita boleh hidup bersamanya , dengan segala kekurangan dan kelebihan dirinya ..."
Itulah namanya JODOH :)


“After every storm there is a rainbow” betul tak "ayah"?????
juga nak ingatkan "ayah" (juga nak mengingatkan diri "ibu) :

‎"Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan & keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik"


"..Pasangan yang cantik atau hendsome senang dicari.. Tetapi Pasangan yang memahami dan setia sukar sekali untuk dicari. Dan Ingat !! Wajah yang cantik atau hendsome belum tentu dapat membahagiakan pasangan hingga ke akhir hayat.."

dan "ayah"...........untuk renungan kita bersama...........

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh...
amin...
  
Dan ketahuilah "ayah" Apa yang seorang wanita mahukan setelah bertitlekan 'ISTERI'......hiihihihihihihihihi.....

1. She is your everything... tiada dua.. tiada tiganya.. sebab itu ramai wanita boikot poligami.. bukan tamak.. tapi bimbang suami tidak mampu mencontohi akhlak Nabi..

2. She'll be the first in your list of priority... before your work.. your friend.. and your hobby.. jangan sesekali mengenepikannya.. jangan sesekali buatkan dirinya merasa tidak penting.. tidak sehebat rakan²mu.. once married.. she'll always wanna be your very² best friend.. jangan salahkannya kalau dia cemburu.. dia cemburu sebab dia sayangkan kamu.. sebab.. hanya dia yg berdiri di sisimu.. di saat duka.. mendengar keluh nestapa.. mengurut badan dan kepala..

3. You are her Bank.. mahu apa mintak.. perlukan berapa.. bagi.. Duitmu duitku.. duitku.. tetap duitku.. huhuhu... bukan berkira.. tapi bagi peluang suami tunaikan tanggungjawab.. bertuah lar kalau dapat isteri yg bukan setakat pandai memberi.. tetapi tidak pandai pula meminta..(macam ibu kan....tak reti nak mintak2...)

4. Suami ejen pelancongan.. selalu luangkan masa dengan isteri dan anak² pergi bercuti di tempat² yang menarik.. walaupon hanya di balik bukit... jangan lar bila cuti asyik mengadap komputer.. tengok anime.. tonton bola.. baca suratkhabar... isteri bukan burung.. hidup lebas.. hati terkurung.. uhuhuhu... jangan beri isteri tanggapan kamu suami yang boring...

5. Suami Pakar How To... tak kira masa.. bila diperlukan.. semua kamu tahu... yang paling penting.. kamu perlu ada skill memujuk... isteri hanya merajuk bila merasa dirinya tidak penting lagie dalam hidup orang yg dia sayang.. jangan biar isteri merajuk lama²... sangat² bahaya.. wanita berfikir menggunakan emosinya bila hatinya telah terusik.. macam² perkara tidak terjangka boleh berlaku.. jangan salahkannya... dia cuma punya 1 akal 9 nafsu... layaklah org yang punya 9 akal itu membimbing... mengalah tidak beerti kalah..(itula yang terjadi.....hingga terjadi perkara yang lain pula)

6. Suami Pelakon Lelaki Terbaik.. walaupon tidaklah sekacak Aaron Aziz.. atau pon Tom Kurus.. tapi jadilar kacak dan romantik di matanya... sensitif dengan kehendak dan kemahuannya.. tahu apa yg disukai dan dibencinya... pandai membelai hati wanitanya..

7. Suami Pembantu Rumah.. sama² seiring seia sekata sejalan... pergi keje sama².. bila balik banting tulang buat keje rumah sama².. jaga anak sama².. tak ada istilah.. kau².. aku².. selagi hayat hidup bersama.. tiada istilah pentingkan diri... kamu penat.. isteri pon penat.. kamu bukan berkahwin dengan robot kan.. apa yang penting?? KERJASAMA..

6. Once the knot is tied.. she'll link forever with you... rimas?? You should think of it before you shake the hand of the Kadhi.. kamulah tempat dia bergantung sekarang.. kamulah Imam.. kamulah pembimbing.. kamulah juga pelindung... pelindung dari bahaya di dunia dan api di akhirat kelak.. kerana.. dosanya kamu juga yang tanggung..



tak perlulah tip2 perkahwinan yang dikepil-kepilkan kat kad kawin tu.....bukan semestinya boleh buat semua pun...setakat nak menunjuk-nunjuk buat apa......


semoga selamanya kita bersama.....
menyatukan perasaan kau dan aku.......
luv u much "ayah"




No comments: