Wednesday, 8 August 2012

Kisah Kuih Raya: Biskut Coklat Chip...

Assalamualaikum...... alhamdulillah kita dapat menjalankan ibadah puasa yang ke19 hari ni..... mesti ramai yang dah buat kuih raya kan?????? saya masih belum ada mood lagi nak buat kuih raya..... tapi bila teringat request dari Liza si sahabat berkongsi resepi tu....dia nak kan resepi biskut nih... so saya nak sharekan kat sini... biskut ni saya buat tahun lepas.... sangat la laku.... tak sempat raya kuih ni dah habis masa kengkawan buah hati datang masa berbuka puasa kat rumah.... siap minta tambah dalam balang kuih.... kelakar kalau ingat....... resepi ni saya tak ingat dapat kat mana... tapi tengok dalam koleksi resepi saya ada, maka tahun lepas saya dah cuba...amatlah senang dan sedap...... Liza a.k.a Yuri Hanami...sila buat kuih ini.... sangat la sedap dan senang!!!

Bahan-bahan

  • 180gm mentega/margerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicabornate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang 


Cara-cara

  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam  cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper).Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2)
  •  Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  •   Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...
nila rupa biskut tu... 
rupa memang tak berapa nak cun..




2 comments:

ida syarida said...

nak try la. Mesti sedap ni...

Lily said...

try la ida....sedap..... senang jer pun..kayra mesti suka...