Assalamualaikum..... terbaca satu artikel mengenai istilah BABI dalam makanan.... uisshhhhhh macam pernah terbaca lak.... uwekkkkkkk!!!!! mau termuntah nih.....
meh saya kongsikan dengan kengkawan untuk informasi yang berguna nih.....
Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang
lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label
label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya
bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label
yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang
bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam
produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di
dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan
kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50
kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat
minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang
digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau
sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu
yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam
bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar
lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga
Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment