Monday, 11 June 2012

Cerita belah Utara........

Dah seminggu dok peram cerita ni....mood belum datang tuk bercerita..... ni mood dah datang....... hujung minggu raikan cinta hari tu tanpa dirancang..... kami dengan spontan menuju ke belah utara.... utara tu kat mana??? kami pi PENANG.......... seronok????? of coz la kan....... cerita bermula bila "ayah" bercerita Timbalan pengarah tempat dia berkerja nak buat majlis kahwin anak nye.... "ibu" dengan spontan minta gi kesana sebab boleh raikan cinta kami sekali (ulang tahun perkahwinan kami)...... tapi pening juga masa nak kesana.... sebab rumah tengah huru hara (renovate).... layan jer la....... so petang jumaat, rehat tu ibu packing barang apa yang patut...... malam tu kami bergerak menuju ker Penang..... pernah sekali ke Penang tahun 2009,  tapi tak sempat nak pusing-pusing cuma lalu sebab dah penat dari Perlis (meeting projek KPI Menteri)..... oleh kerana penat, banyak kali la kami stop untuk rehat dan tido..... sampai Penang dah hampir tengahari... terima kasih pada Syarida (member kat Penang yang banyak bagi info pasal Penang).......






 bangun-bangun.....masih belum sampai kan adik


 pemandangan dalam perjalanan...










lalu lorong
 dalam lorong.....


 menarik.... cara plus buat protection kat batu-batu...

 boleh buat contoh...hihihihihihi

 menarik.....walaupun dah pernah lalu....

 suasana pagi yang mendamaikan....

hutan.....bukit bukau.....


singgah sebentar di Bukit Merah Lake Town Resort...


 pemandangan indah..

 jalan masuk ke lake town 

 berbukit-bukit

 pemandangan indah dari ats bukit

 Lake Town Hotel...konon-konon nak tido kat sana..oleh kerana musim cuti sekolah penuh semua hotel, 
singgah di satu R& R...mandikan kakak dan adik...breakfast...dan....
maka kami pun teruskan perjalanan ke Penang...... 



mula masuk ke Jambatan Pulau Pinang..


 pemandangan indah dijambatan pulau pinang

pemandangan indah pulau-pulau disekitarnya...


wahhhh.....hepinyer adik dan kakak.....ayah walaupun letih memandu, tetap steady....




dari jauh dah mula nampak mercu tanda jambatan Pulau Pinang...... untung la adik dan kakak..
kecik-kecik dah dapat jejak kan kaki disini....syukur alhamdulillah...

semakin menghampiri....kakak dan adik semakin tak sabar nak tengok apa yang gah sangat....


ini la dia bukti Malaysia juga maju dengan pembinaan jambatan yang hebat...


see...memang hebat kata kakak...hihihihihihi


Pulau semakin dihampiri....pemandangan dari jauh sangat indah....


pembangunan yang pesat...dari jauh....... 
kami banyak sangat dapatkan maklumat dari kawan ibu, Syarida..dia duduk kat Nibong Tebal (kat tanah besar)...dan juga dari internet...tq gak pada TAB samsung kami....hihihihihi




pulau disekitar nya... tapi sayangnya kami tak berhenti pun kat jambatan, walaupun ada disediakan tempat untuk berhenti...... takper lain kali kita berhenti dan ambik gambar yer kakak & adik.....



dah sampai di Pulau..... kalau sekali pandang macam klon Singapura..


bangunan macam Lego.....cantik sangat..... sampai di Bandar Warisan Unesco ni dah hampir tengahari...
kami cari hotel...tapi semua full booked....pening..... cari punya cari...akhirnya kami dapat juga hotel... 
Good  Hope...tapi lupa nak snap gambar....bilik sangat kecil dan agak mahal.... cuti umum agaknya... tapi syukur dapat juga bilik tuk berehat...tapi adik caca demam pulak..... petang tu kami dapatla merehatkan diri sebelum sessi menjelajah mencari makanan dan berjalan....... cerita ni akan bersambung.......blom habis lagi.. tunggu entri yang seterusnya.....



Thursday, 7 June 2012

Raikan cinta.... (luahan rasa dan cinta buat "ayah")

Tanggal 2 jun 2012 adalah aniversarry kita yang ke 5 kan "ayah"...alhamdulillah.....semuanya berjalan lancar setakat ini......semoga apa yang kita impikan akan tercapai.....suamiku....saya sangat2 bersyukur dan sangat bahagia awak dan anak-anak ada dalam hidup saya...hanya "ayah" di dalam hati "ibu" terima kasih kerana sentiasa menjadi teman dikala susah dan senang, suka dan duka.....dikala terpinggir........ terima kasih juga sudi menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita.... terima kasih juga menjadi pendengar setia ketika hati resah walaupun kadang kala tak mahu mendengarnya.....ketika hati disakiti walaupun satu ketika dulu pernah disakiti gara-gara ada yang iri hati dan ingin mengambil tempat diri ini untuk berdamping dengan "ayah"...walaupun berulang kali ibu menyatakan pada "ayah", pasti "ayah" tak kan mempercayainya..... kenapa?????itu  "ibu" tak tahu kenapa..... biarla satu hari nanti Allah akan balas jua pada orang-orang yang sentiasa cemburu atas kebahagian kita.... 



-luv u all with all my heart-





Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



mohon ampun dan maaf sekiranya masih terdapat kekurangan dan kekhilafan dalam hubungan kita..... 



Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
(ayat-ayat diatas buat saya kuat untuk menerima apa jua kekurangan dalam hubungan kita)

"Kita jgn harapkan sangat kesempurnaan daripada pasangan , kerana kita MEMANG TAKKAN JUMPA YANG SEMPURNA tetapi ada yang ALLAH ciptakan KHAS untuk kita , sesuai dengan diri kita dan kita boleh hidup bersamanya , dengan segala kekurangan dan kelebihan dirinya ..."
Itulah namanya JODOH :)


“After every storm there is a rainbow” betul tak "ayah"?????
juga nak ingatkan "ayah" (juga nak mengingatkan diri "ibu) :

‎"Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan & keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik"


"..Pasangan yang cantik atau hendsome senang dicari.. Tetapi Pasangan yang memahami dan setia sukar sekali untuk dicari. Dan Ingat !! Wajah yang cantik atau hendsome belum tentu dapat membahagiakan pasangan hingga ke akhir hayat.."

dan "ayah"...........untuk renungan kita bersama...........

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh...
amin...
  
Dan ketahuilah "ayah" Apa yang seorang wanita mahukan setelah bertitlekan 'ISTERI'......hiihihihihihihihihi.....

1. She is your everything... tiada dua.. tiada tiganya.. sebab itu ramai wanita boikot poligami.. bukan tamak.. tapi bimbang suami tidak mampu mencontohi akhlak Nabi..

2. She'll be the first in your list of priority... before your work.. your friend.. and your hobby.. jangan sesekali mengenepikannya.. jangan sesekali buatkan dirinya merasa tidak penting.. tidak sehebat rakan²mu.. once married.. she'll always wanna be your very² best friend.. jangan salahkannya kalau dia cemburu.. dia cemburu sebab dia sayangkan kamu.. sebab.. hanya dia yg berdiri di sisimu.. di saat duka.. mendengar keluh nestapa.. mengurut badan dan kepala..

3. You are her Bank.. mahu apa mintak.. perlukan berapa.. bagi.. Duitmu duitku.. duitku.. tetap duitku.. huhuhu... bukan berkira.. tapi bagi peluang suami tunaikan tanggungjawab.. bertuah lar kalau dapat isteri yg bukan setakat pandai memberi.. tetapi tidak pandai pula meminta..(macam ibu kan....tak reti nak mintak2...)

4. Suami ejen pelancongan.. selalu luangkan masa dengan isteri dan anak² pergi bercuti di tempat² yang menarik.. walaupon hanya di balik bukit... jangan lar bila cuti asyik mengadap komputer.. tengok anime.. tonton bola.. baca suratkhabar... isteri bukan burung.. hidup lebas.. hati terkurung.. uhuhuhu... jangan beri isteri tanggapan kamu suami yang boring...

5. Suami Pakar How To... tak kira masa.. bila diperlukan.. semua kamu tahu... yang paling penting.. kamu perlu ada skill memujuk... isteri hanya merajuk bila merasa dirinya tidak penting lagie dalam hidup orang yg dia sayang.. jangan biar isteri merajuk lama²... sangat² bahaya.. wanita berfikir menggunakan emosinya bila hatinya telah terusik.. macam² perkara tidak terjangka boleh berlaku.. jangan salahkannya... dia cuma punya 1 akal 9 nafsu... layaklah org yang punya 9 akal itu membimbing... mengalah tidak beerti kalah..(itula yang terjadi.....hingga terjadi perkara yang lain pula)

6. Suami Pelakon Lelaki Terbaik.. walaupon tidaklah sekacak Aaron Aziz.. atau pon Tom Kurus.. tapi jadilar kacak dan romantik di matanya... sensitif dengan kehendak dan kemahuannya.. tahu apa yg disukai dan dibencinya... pandai membelai hati wanitanya..

7. Suami Pembantu Rumah.. sama² seiring seia sekata sejalan... pergi keje sama².. bila balik banting tulang buat keje rumah sama².. jaga anak sama².. tak ada istilah.. kau².. aku².. selagi hayat hidup bersama.. tiada istilah pentingkan diri... kamu penat.. isteri pon penat.. kamu bukan berkahwin dengan robot kan.. apa yang penting?? KERJASAMA..

6. Once the knot is tied.. she'll link forever with you... rimas?? You should think of it before you shake the hand of the Kadhi.. kamulah tempat dia bergantung sekarang.. kamulah Imam.. kamulah pembimbing.. kamulah juga pelindung... pelindung dari bahaya di dunia dan api di akhirat kelak.. kerana.. dosanya kamu juga yang tanggung..



tak perlulah tip2 perkahwinan yang dikepil-kepilkan kat kad kawin tu.....bukan semestinya boleh buat semua pun...setakat nak menunjuk-nunjuk buat apa......


semoga selamanya kita bersama.....
menyatukan perasaan kau dan aku.......
luv u much "ayah"




Wednesday, 30 May 2012

Allah maha pengasih dan pengampun...

Assalamualaikum....


Sebenarnya hati ni sedih la skit..... ada la benda yang berlaku semalam kat ofis....... biarkan la manusia sebegitu..... entah dimana silapnya..... saya tak mahu panjang-panjangkan cerita...ramai yang menasihatkan saya agar biarkan saja orang-orang seperti itu.... biasala...manusia memang tak boleh kita lebih daripada mereka, sedangkan kita tidak pernah mengambil tahu pasal kehidupan mereka, apa yang mereka nak buat dan sebagainya...... teringat kata-kata motivasi " hidup kita ini sangat menarik dan banyak kelebihannya, sebab itulah ada orang yang asyik bercerita mengenai kita, mereka cemburukan kehidupan kita, walaupun kita rasa kehidupan kita biasa-biasa saja"........... saya doakan mereka yang berhati seperti itu agar dibukakan oleh Allah agar sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada mereka dan hati-hati mereka itu tidak ada titik hitam yang sentiasa cemburukan apa yang orang lain ada lebih sedikit dari mereka (peringatan untuk diri saya juga)... Insyaallah..... syukur alhamdulillah....... memang kehidupan saya sangat menarik dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan.....walaupun kadang-kadang terkucil kesabaran itu...... so bila rasa down.... saya akan cari kata-kata motivasi yang boleh merawat hati saya........ saya akan jadi bersemangat dan ceria semula.... dan ingin berkongsi kata-kata semangat bersama rakan-rakan......


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3






"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." [Surah Al-Hujurat 49:6]



"Jangan MENGALAH dgn jalan yg telah kau temu, Jangan sekali2 rebah dengan jentikan dan pandangan sinis, herdikan dan diperlekehkan..
JANGAN PUTUS ASA, bangunlah!!! kerna ALLAH sedang mentarbiyah agar kita terus jadi kuat :)"



" Ramai antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.

Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita.

Jika anda adalah salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda, hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt membezakan realiti dgn bisikan syaitan.

Jgn jadi org yg pandai menasihat tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah mirip ciri-ciri munafik.

Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada."













"Kalau kita BERUBAH untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita..."






"Apabila kamu teringat akan seseorang (menyakitkan hati), banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..
Apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang, banyakkanlah SOLAT DHUHA..
Apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..
Dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu @ syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' "





saya sangat suka kata-kata motivasi diatas.... buat saya jadi kuat semula.......... buat saya melupakan hati yang telah ditiup amarah oleh syaitan........ semoga kita semua akan terus tersenyum hari ini.......







Friday, 25 May 2012

Rezeki Allah.....

Alhamdulillah...hari ni dah hari jumaat..... semua yang bekerja pasti suka kan... sebab esok dah hujung minggu.... hujan yang turun dari malam pasti membawa seribu rahmat.....sejuk skit malam  tadi bawak ke pagi...... last day skol, mia tak gi skol sebab demam....so pagi-pagi ayah dah antar anak-anak gi umah 'mak' diaorang....tapi mak hari ni halfday coz nak ker putrajaya.....  hari ni semua berlalu sekejap sangat.... dan macam-macam cerita.....dan banyak nya yang sangat mengembirakan....... pagi sepatutnya ada temujanji ngan pihak MAXIS...tapi orang MAXIS lambat sampai coz hujan & jem kat KL.....so pihak MAXIS sampai opis dah dekat kul 11 pagi......alamak...dah janji dengan pemaju pukul 12 pulak...... lepas keluar ker site dengan wakil MAXIS nak rushing jumpa pemaju pulak..... ehhhhhh...ehhhhhh..... wakil MAXIS bagi cenderahati la...... sukanya....walaupun tak seberapa....tapi pihak MAXIS sangat menghargai kerjasama kami....... ehhhhh...nak keluar tu......opssss ada cenderahati dari overseas la pagi tadi......dari sapa?????? MAK MERTUA......bukan mak mertua saya.....tapi seorang teknisyen saya.....mak mertuanya baru pulang dari Australia.....sebelum dia berangkat kesana, saya melawat anaknya a.k.a wife kepada teknisyen saya (zamri)....tengkiu makcik coklat CADBURY dari sana........hari jumaat ni semuanya yang manis-manis jer dari pagi.......huwaaaaaa.....ada lagi yang manis......tetiba masa menunggu wakil pemaju yang dijanjikan, 'ayah' cal..."ibu.....knp tak balas sms ayah??????"..... "tak perasan la ayah....ada apa???" "yeayyyyy!!!!! ayah lulus peksa!!!!yeayyyyyy!!!!ayah lulus peksa..." satu lagi berita yang sangat mengembirakan dan rezeki dari Allah......tak sia-sia kami meneman ayah belajar dan tunggu ayah periksa..... mendaftarkan ayah periksa dan mencarikan ayah nota.........dan bila jumpa pemaju.....ada juga berita yang bakal dan amat-amat menggembirakan....akan saya inform bila berita itu betul-betul termakbul........ setelah melalui liku-liku kehidupan yang kadang-kadang menyakitkan.....pasti Allah akan beri kita rezeki dan khabar yang menggembirakan.....

ni la dia cenderahati dari MAXIS dan MAK MERTUA ZAMRI tu...... terima kasih banyak....

Thursday, 17 May 2012

Hari Guru Dan Hari Bomba

Semalam mia ada pertandingan mewarna kat BOMBA...... sempena sambutan hari guru dan hari bomba... meriah la....kakak tak pernah naik bas....so pagi-pagi kakak join semua naik bas tuk pegi ker bomba... ibu kena pegi opis dulu....so ibu lambat la join kakak..... tapi masa ibu sampai kakak mia masih blom start lagi pertandingan mewarna tu......
masa ibu sampai... kakak tengah sibuk dengan lukisan...padahal blom mula pun..

bersemangat nak mengaler...

kawan kakak yang nak masuk pakaian beragam.......

Selamat Hari Guru Cikgu Kamisah........

ewahhhh....mestila nak posing dengan anak ibu.....

dan lagi......

kakak mia sibuk nak jumpa maskot nih


acara telah pun bermula....

tekun anak-anak ni mewarna..

dimeriahkan dengan ajk-ajk dari bomba..

penuh bersemangat

cikgu dan anak murid...

fuhhhh...kakak....kaler cantik2 yer...

habis kawan-kawan kat belakang....

antara ibu-ibu yang join...

cikgu Buva......tenung apa????hihihihihi


macam-macam aksi...

dah giveup????

fuyooooo cantiknyer Adly kaler...


kakak mia nak baju macam syahirah....tgk...muka merajuk..


masih merajuk...

yeayyyy!!!dpt jugak...

hensem tak saya?????

muahhhhhh sayang dia...

penat.........

aksi-aksi dari BOMBA...

fuhhhh tinggi nyer...

terbakar!!!!!!!!!!!

ning nong!!!!!ning nong!!!bomba datang..

khusyuk kakak

bomba sampai

padam sudah api

selamattttt..........

anak-anak penuh bersemangat..

me n cikgu...

kepala kat bawah pun boleh....

api!!!!api!!!api!!!!

adakah cara ini berjaya???????

cara ini yang betul...

ewahhhh....macam artis bollywood...

semua peserta....

senyum kelegaan...

acara potong kek..


ini la kek nyer....


acara berakhir pukul 12.30tengahari....kakak sibuk nak naik bas....tapi ibu tak benarkan,sebab nak terus balik.....sampai rumah, kakak dah kepenatan......terus la tertidur......