so try tanya resepi dia & try la jugak membuatnya... amatla best, lagi-lagi bila dah masuk dalam peti sejuk.... bila sampai tekak..............nyummmmmm fuh terasa sejuknya...oleh kerana terbanyak membuatnya, dapatla juga hantar jiran sebelah rumah & pengasuh anak-anak......
ini la puding yang saya buat tu.......
best sangat...
tq ain sebab kongsi resepi..........
mari kongsi kita kongsi resepi yang best ni....kalau tak cuba rugi tau......
Bahan untuk puding
- 1 cawan tepung kastard
- 4 1/2 cawan air
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan gula (sedikit garam)
cara-cara
1)satukan tepung kastard bersama gula, susu
cair & air.Gaul semuanya.
2)masak diatas api sederhana sehingga agak
pekat & kacau sentiasa, anggaran lebih
kurang 20 minit.Bila dah agak pekat, matikan
api & tuang dalam bekas2 kecil @ loyang.
3)Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti
sejuk. bila dah beku barulah keluarkan.
Bahan untuk kuah
- 1 tin buah laici (saya tambah buah
koktel,sumi & nata decoco-terpulang)
- 2 tin susu cair
- 1 tin air biasa (air masak)
- 1/2 cawan gula (terpulng pd masing2)
- sedikit tepung kastard (1 sudu kecil,agak-agak)
- ais
cara-cara
1)didihkan susu, air buah dlm tin (airnya sahaja),
air,gula & sedikit tepung kastard hingga
mendidih.
2)hidangkan dengan puding kastard,buah koktel
Dll.
No comments:
Post a Comment