Tuesday 10 July 2012

kisah masak/makan:lamb chop

sebelum puase ni.....nak post banyak-banyak pasal makan....... hujung minggu adalah masa untuk ibu menghabiskan masa didapur........ dah lama nak buat lamb chop sendiri...      tapi kekangan masa...... ermmmm kedai jerla jawabnya...... misi mencari lamb slice ahad tu berjaya...... sebenarnya saya baru pulang dari JB sebab ada karnival sukan JKR Johor...... walaupun kepenatan, keghairahan memasak telah memanggil-manggil.... sebab dah dekat seminggu kebanyakkan hari adalah tapau sedunia........ apa taknya...balik dah maghrib.... masing-masing dah kepenatan...... apalagi......tapau sudah..... kerja teknikal seperti saya banyak menghabiskan masa kerja di luar......bukan seperti kerani-kerani duduk dalam opis di aircond.... hahahahha maaf yer bukan nak memperkecilkan kerani........ okey...mari kita cerita pasal LAMB CHOP!!!!!!! amatlah mudah resepi ni saya dapat dari blog 'che su'...tapi banyak juga yang saya ubahsuai ikut citarasa saya........




Inila Lamb Chop yang dah siap tu...rasa?????
ofcoz la sama cam yang kat kedai......
ayah kata lagi sedap yang ni..


resepi:
Bahan-bahan

beberapa keping daging kambing (ada jual kat giant)
1 sudu serbuk lada hitam yang kasar
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
sedikit serbuk kari
sos lada hitam (saya guna jenama life)-ikut suka nak banyak @ sikit
cendawan butang potong dadu
bawang besar (kuning)di potong dadu
sedikit tepung gandum
sedikit butter
curly fun fries
kiub pati ayam
coslow

Cara membuat LAMB CHOP

peram daging dengan serbuk kari, lada hitam, kicap dan sos tiram lebih kurang sejam dua. kemudian bolehlah gril atau goreng dengan sedikit butter di kuali nipis hingga masak.

cara membuat kuah

tumis bawang besar dan cendawan butang dengan menggunakan sedikit butter,masukkan sedikit serbuk lada hitam, sedikit sos lada hitam, sedikit kiub pati ayam dan bancuhan tepung gandum... dan sedikit air.sesuaikan dengan rasanya.... bolehla dihidang..




kakak mia yang selalu tak makan lamb chop, bila ibu masak, dia makan plak...lagi-lagi kuah dia...dia kata sedap la ibu...
makan kuah jer........

adik makan curly fries ngan kuah.......habis dia makan kuah jer......
next time ibu masak lagi ok....



 sesibuk mana pun kita......luangkan la masa memasak untuk anak-anak dan suami.......
ada banyak kebaikan dan kelebihan disitu...... bukan masak lamb chop atau masak yang grand-grand sahaja... tetapi masak la yang simple-simple pun tidak mengapa.... ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama keluarga........

3 comments:

Anonymous said...

sedap nyer...nk jugak

hawa_irdiena@yahoo.com.my said...

sedap nyer nk jugak...

Lily said...

dtg umah raya ni kita buat lamb chop yer awe... hujung minggu ni lin masak special tuk korang....